Pengaruh Pemimpin
Sekolah Terhadap Profesionalisme Guru
Profesion keguruan seringkali
dianggap sebagai satu profesion yang statik dan tidak menarik. Peranan
pemimpin atau pengetua sekolah amat penting dalam meningkatkan perkembangan
profesionalisme guru di sekolahnya. Pengetua dan guru harus berganding bahu untuk meningkatkan
prestasi sekolahnya.
Oleh
itu, satu kajian telah dibuat oleh dua orang profesor iaitu Mieke Clement dan
Roland Vandenberghe dari Universiti Katholieke Leuven, Belgium. Kajian
menekankan perhubungan antara pengetua-guru dari segi aspek peluang , ruang dan
pengalaman pembelajaran untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme guru di
sekolah.
Objektif
utama kajian ialah,
a. Untuk
mengetahui peranan pengetua atau pemimpin sekolah dalam perkembangan
profesionalisme guru
b. Membezakan antara ciri-ciri pemimpin yang baik dan sebaliknya
c. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan profesionalisme guru
b. Membezakan antara ciri-ciri pemimpin yang baik dan sebaliknya
c. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan profesionalisme guru
Kajian
ini amat berguna kerana,
a. Boleh
diguna pakai oleh pemimpin sekolah dalam mewujudkan stail kepimpinan sekolah
yang berkesan
b. Menunjukkan faktor-faktor penting dalam mewujudkan perkembangan kerjaya guru
c. Panduan kepada pengetua dan guru dalam meningkatkan lagi karier, cara dan kaedah yang digunakan di sekolah
b. Menunjukkan faktor-faktor penting dalam mewujudkan perkembangan kerjaya guru
c. Panduan kepada pengetua dan guru dalam meningkatkan lagi karier, cara dan kaedah yang digunakan di sekolah
Penyelidikan
telah dibuat secara exploratory research. Ianya melibatkan beberapa peringkat.
Pada peringkat pertama, sebanyak 39 guru dari 11 buah sekolah telah ditemubual
dalam bentuk soalan semi-structured. Tujuan utama adalah untuk mengetahui
persepsi mereka terhadap perkembangan kerjaya mereka.
Pada
peringkat kedua pula, hanya 2 daripada 11 sekolah telah dipilih untuk kajian
lanjut. Temubual selanjutnya hanya melibatkan 23 guru dan 2 pengetua daripada 2
buah sekolah yang berasingan.
Sampel
kajian hanya melibatkan guru dan pengetua sekolah. Pada pusingan pertama, 39
guru daripada 11 buah sekolah telah dijadikan sebagai sampel kajian. Pada
peringkat kedua pula, sampel kajian dikecilkan. Hanya 2 orang pengetua dan 23
orang guru daripada 2 buah sekolah sahaja ditemubual.
Bahan
kajian telah dibuat ke atas guru dan pengetua dalam bentuk soalan
semi-structured. Segala temubual telah direkodkan melalui diari dan
dokumen-dokumen lain seperti nota.
Analisa
data melibatkan dua kaedah iaitu
a.
Analisa vertical - kaedah ini menggunakan data temubual, pemerhatian,
dokumen-dokumen dan catatan diari dalam menganalisa data
b.
Analisa horizontal - perbandingan dibuat antara data-data yang diperoleh dari
analisa vertical
Berdasarkan
temubual yang telah dibuat, keputusan yang didapati ialah
a.
Bagaimana pengaruh pengetua sekolah ke atas perkembangan profesionalisme guru
Bagi
soalan ini, terdapat 3 kategori guru yang telah memberi pendapat yang berbeza,
iaitu
Kategori
1
Guru
kategori ini mengatakan bahawa sekolah tidak menyumbangkan apa-apapun terhadap
perkembangan kerjaya mereka. Keadaan dan suasana kerja tidak langsung menyokong
profesion mereka.
Interaksi
antara pengetua dan guru amat mengecewakan. Tiada perbincangan formal antara
pemimpin dan guru dalam meningkatkan kaedah pengajaran dan masalah-masalah
sekolah. Pengetua didapati tidak mempercayai guru dan apatah lagi memantau
serta mengawal kegiatan guru.
Kategori
2
Guru
kategori ini mengatakan bahawa sekolah boleh menyumbangkan beberapa perkara
dalam perkembangan profesion mereka. Guru boleh melibatkan diri dalam bidang
yang mereka minati.
Mereka
bebas memberi pendapat dan berbincang sesama guru. Pemimpin terlibat secara
langsung dalam memberi maklumat, membenarkan guru melibatkan diri dalam
in-service training, membeli jurnal-jurnal ilmiah dan menggalakkan guru membuat
inovasi baru dalam perbincangan dan mesyuarat.
Guru-guru
menghormati kepercayaan yang telah diberi oleh pengetua mereka dan menggalakkan
guru untuk melakukan bentuk-bentuk inovasi dalam kerjaya mereka. Komunikasi berkesan
antara pengetua dan guru menggalakkan lagi perkembangan kerjaya guru.
Kategori
3
Kategori
ini mengatakan bahawa pengetua sekolah benar-benar menggalakkan dan lebih
berorientasikan perkembangan profesion guru. Kaedah dan masalah pengajaran
selalu dibincangkan.
Rakan
sekerja sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Apabila seseorang
menghadapi masalah, masalah dibincang dan diselesaikan bersama. Mereka
mempelajari sesuatu yang berguna dalam mesyuarat yang dihadirinya.
Guru-guru
diberi tanggungjawab tertentu seperti mengendali mesyuarat, mengadakan
perbincangan inovasi dan perancangan untuk melaksanakannya. Mereka bekerja keras dalam mesyuarat untuk mencapai
matlamat yang dicitakan.
Seterusnya,
data yang telah diperoleh dari 2 buah sekolah iaitu Heathlandpool dan
Writerscout adalah seperti berikut,
a.
Heathlandpool
Hubungan
antara pengetua dan guru amat rapat. Pengetua dan guru bebas berbincang
mengenai hal-hal peribadi, perniagaan dan politik. Mereka sentiasa berkongsi
idea dan memberi nasihat dalam hal-hal yang berkaitan sekolah.
Pengetua
bersedia memberi bantuan, panduan dan nasihat dalam pengajaran guru. Ini
mewujudkan peluang kepada guru-guru untuk berkongsi pendapat dan kepercayaan
kepada pengetua mereka.
b.
Writerscourt
Di
sekolah Writerscourt berlaku keadaan sebaliknya. Hubungan antara pengetua dan
guru tidak baik. Guru-guru sependapat bahawa pengetua mereka tidak memberi
apa-apa bantuan terhadap mereka. Pengetua mereka sentiasa tidak sehaluan dengan
guru-guru.
Pengetua
tidak berperanan untuk memotivasikan guru-guru. Selepas guru-guru menghadiri
mesyuarat, segala hasil perbincangan dan cadangan tinggal begitu sahaja. Mereka
juga tidak bekerja sebagai satu pasukan.
Hubungan
yang buruk ini menyebabkan guru amat sukar untuk membincangkan tentang idea-idea
baru dan peribadi mereka serta hal-hal yang berkaitan pengajaran. Guru lebih
bertindak mengikut haluan dan kehendak mereka sendiri.
Berdasarkan
maklumat yang diperoleh, didapati terdapat dua situasi dan keadaan di mana guru
boleh dan tidak boleh meningkatkan perkembangan profesion mereka. Perkembangan
kerjaya mereka amat bergantung kepada peranan dan hubungan guru dengan
pengetua.
Situasi
pertama adalah di mana pengetua terlibat secara langsung dengan guru-guru di
sekolahnya. Mereka mempunyai hubungan rapat dan bebas mengutarakan pendapat dan
idea bernas untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.
Dengan
cara ini, banyak idea-idea baru telah diutarakan oleh guru dan mewujudkan
persekitaran berfikir untuk mencipta inovasi dalam karier mereka.
Ini
jelas berlaku di sekolah Heathlandpool di mana guru-guru telah berbincang
sesama mereka untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan mengatasi
masalah-masalah semasa yang dihadapi.
Kekerapan
perbincangan dan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapi secara
tidak langsung telah memberi pengalaman yang amat bermakna kepada seseorang
guru.
Perkara
sebaliknya berlaku di sekolah Writerscout. Hubungan antara pengetua dan guru
adalah tidak baik. Akibatnya guru tidak bermotivasi untuk meningkatkan karier
mereka. Mereka lebih bersifat pasif dan individualistik.
Kurangnya
idea-idea bernas dan inovasi-inovasi baru dalam pengajaran, kurang memberi
cabaran dan persaingan antara guru. Mereka akan terasing dalam sistem
pengurusan dan pentadbiran sekolah sehinggakan mereka merasakan tidak
menyumbangkan sesuatu dan tidak penting dalam struktur sekolah.
Ini akan mengurangkan sifat dan suasana kompetitif dan mencabar antara mereka.
Apatah lagi untuk mencipta sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan.
Jadi,
pemimpin sekolah mesti memberi peluang, ruang dan pengalaman yang berguna
kepada guru-guru untuk meningkatkan lagi profesionalisme mereka. Pengetua yang
baik ialah pengetua yang mampu mengarah dan mewujudkan suasana kerja yang
selesa dan kondusif untuk guru-guru.
Ini
ruang, peluang dan pengalaman ini diberi kepada guru, bidang pendidikan akan
dijadikan satu medan pertarungan untuk mencungkil segala kecerdikan dan
kepakaran guru untuk perkembangan profesionalisme keguruan
Peranan
pemimpin/pengetua amat penting dalam meningkatkan perkembangan profesionalisme
guru. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang bersifat task-oriented dan
administrative.
Mereka
akan memperuntukkan masa dan tenaga mereka dalam bidang pendidikan dan
pengajaran. Mereka lebih bersifat terbuka dan memberi galakan kepada guru-guru
dalam hal-hal berkaitan pendidikan.
Dengan
cara ini, guru boleh menggunakan segala peluang yang diberi seperti
cabaran/persaingan, sokongan dan tindak balas untuk meningkatkan perkembangan
karier mereka.
Jika peluang yang diberi digunakan seluas-luasnya, guru boleh menggunakan ruang yang ada untuk memperkembangkan idea-idea yang bersifat inovatif untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka.
Jika peluang yang diberi digunakan seluas-luasnya, guru boleh menggunakan ruang yang ada untuk memperkembangkan idea-idea yang bersifat inovatif untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka.
Seterusnya
ini akan meberi satu pengalaman baru kepada guru-guru. Pengalaman yang
diperoleh amat penting untuk memahirkan dan meningkatkan perkembangan
profesionalisme guru.
Apakah
yang akan berlaku sebaliknya jika hubungan antara pengetua dan guru tidak baik?
Ya, ini terbukti di sekolah Writerscout di mana kerjaya guru terbantut
disebabkan pengetua tidak mengambil tahu atau mengambil berat tentang
perkembangan guru.
Guru
tidak langsung diberi peluang,ruang dan pengalaman sepatutnya untuk
meningkatkan diri masing-masing.
Kajian
ini telah menunjukkan peranan pemimpin/pengetua amat penting dalam meningkatkan
profesionalisme seseorang guru. Pengetua menyumbang ke arah peningkatan kerjaya
guru terutama dalam persekitaran sebenar sekolah.
Pengetua
harus menyediakan peluang, ruang dan pengalaman seluas-luasnya kepada guru
untuk melahirkan seorang insan guru yang kaya dengan idea-idea baru dan lebih
bersifat kreatif dan inovatif.
0 comments:
Post a Comment