This nice Blogger theme is compatible with various major web browsers. You can put a little personal info or a welcome message of your blog here. Go to "Edit HTML" tab to change this text.
RSS

Friday, 27 June 2014

PELAN TINDAKAN ORANG ASLI

PELAN TINDAKAN ORANG ASLI
Pendidikan
Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar
Objektif pelan ini bertujuan :

Kumpulan sasar ini terdiri dari 4 kumpulan iaitu :
Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk menyediakan asa kukuh yang sebelum pendidikan formal. Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur 5+ tahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.
Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira; kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi dan penerapan nilai-nilai murni tegasnya program pra-sekolah dan renah adalah asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 12+ tahun hingga 17+ tahun. Pada peringkat ini penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.
Pendidikan Tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pada peringkat ini, pendidikan Tertiari harus berupaya membangunkan minda anak-anak Orang Asli menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan Negara dalam persaingan global.
Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan peluang-peluang pekerjaan.

Kumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu :

Bagi kategori ini program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan dilaksanakan.
Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan dan kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan. Disamping itu, program celik huruf akan dipertingkatkan kepada golongan dewasa yang buta huruf.
Tempoh pelaksanaan pelan tindakan ini akan mengambil masa selama 5 tahun mulai 2003-2007. Pada tahun 2005 satu penilaian semula akan dijalankan bagi melihat keberkesanannya.

Pelaksanaan Pelan Tindakan akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Juruperunding, Swasta dan para akademik. Dalam melaksanakan pelan ini;
Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek.
Perincian program/projek adalah seperti di Lampiran C.
1.     Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

2.     Objektif
·         Menyediakan satu pelan bertindak khusus di kawasan pinggir bandar bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan Orang Asli tahun 2003 – 2007.
·         Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir.

3.     Kumpulan sasar program
·         Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun)
·         Peringkat Rendah (7-12 tahun)
·         Peringkat Menengah (13-18 tahun)
·         Peringkat Tertiari
·         Peringkat Tercicir
·         Kumpulan Dewasa
·         Wanita
·         Semua peringkat
4.     Tempoh Pelaksanaan Pelan Tindakan.
5.     Pelaksanaan Pelan Tindakan.
·         Agensi Kerajaan akan banayak terlibat dengan program/projek yang berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan;
·         NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek perubahan minda;
·         Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek kajian-kajian seperti kajian penilaian semula pelan dan kakjian program/projek yang dilaksanakan secara ‘outsourcing'.

6.     Keperluan Peruntukan.
7.     Cabaran.

Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut :
·         Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi pelaksana;
·         Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli;
·         Penyediaan peruntukan yang mencukupi;
·         Kerjsama yang erat dan mantap dikalangan Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.

Program Pembangunan Penempatan Tersusun

Rancangan Pengumpulan Semula (RPS)
Projek ini dimulakan pada tahun 1980 (RMKe-4), keputusan kabinet bertujuan pada asalnya membendung kegiatan anasir subversif (komunis) yang mempengaruhi Orang Asli di kawasan pedalaman. Rancangan ini banyak melibatkan perpindahan Orang Asli ke lokasi baru dari penempatan asal. Sejumlah 17 lokasi RPS iaitu 6 di Negeri Perak, 7 di Negeri Pahang, 3 di Negeri Kelantan dan 1 di Negeri Johor (RPS Kudung dibangunkan oleh YPJC).
Antara insentif dan projek pembangunan yang disalurkan menerusi RPS ialah penyediaan rumah kediaman kepada peserta program, pembangunan infrastruktur dan prasarana secara bersepadu serta program tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah. Menerusi tanaman komersial tersebut peserta bukan sahaja menerima dividen menerusi hasil ladang malah turut diberi peluang untuk terlibat secara langsung sebagai pekerja ladang.

Penyusunan Semula Kampung (PSK)
Sebanyak 217 buah kampung Orang Asli (12,264  KIR) telah terlibat dengan pelaksanaan PSK JAKOA yang telah diluluskan pada tahun 1999 (RMK7).  Pelaksanaannya adalah   bertujuan untuk menaik taraf infrastruktur kampung dan kemudahan awam, keperluan asas dan projek pembangunan  tanah seperti  tanaman sawit dan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat. 
Peserta-peserta  PSK turut menerima insentif dan kemudahan seperti mana yang dinikmati oleh peserta RPS.

Rancangan Kampung Baru (RKB) 
Jabatan ini juga telah melaksanakan projek Rancangan Kampung Baru  di kawasan keselamatan yang bersempadan dengan Thailand (KESBAN).  Program ini khusus untuk membangun dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli yang mana  kampung mereka berada di kawasan berkenaan. 
Peserta RKB juga turut menikmati insentif dan kemudahan sama seperti peserta RPS dan PSK.

Projek Bencana Alam
Projek ini dimulakan semenjak tahun 1997. Sebanyak 113 buah kampung Orang Asli telah di kenal pasti oleh Jawatankuasa  Teknikal Bencana Alam Peringkat Negeri meliputi kategori kawasan berisiko tinggi, sederhana dan rendah.    Kampung Orang Asli yang dikategorikan berisiko tinggi adalah yang berkemungkinan kampung berkenaan akan mengalami banjir, tanah runtuh, dipukul ombak atau ribut, perkampungan  persisiran pantai negeri Johor, Pahang dan Selangor.
Jabatan ini menyediakan peruntukan bagi tujuan pemindahan mereka ke lokasi baru, tapak dan perumahan baru, termasuk kemudahan jalan, perparitan dan lain-lain manakala kampung yang dikategorikan berisiko sederhana pula peruntukan disediakan untuk memperbaiki sistem  perparitan, pembetungan, pelebaran/mendalamkan sungai, benteng dan sebagainya.

Ukur Keliling Tanah penempatan Orang Asli (kampung) / Pengambilan Tanah
Memandangkan terdapat masih banyak kawasan penempatan Orang Asli yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri tetapi belum diwartakan atau keperluan kerja ukur keliling dan kejuruteraan bagi melaksanakan projek pembangunan persekutuan maka  JHEOA telah diberi peruntukan bagi tujuan  tersebut. Menerusi kemudahan yang disediakan tersebut isu-isu berkaitan pengambilan balik tanah, persempadanan dan kerja-kerja ukur dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pentadbir tanah dan peraturan-peraturan semasa yang berkuat kuasa.

  RM1 juta jalan kajian pendidikan Orang Asli

KUALA LIPIS 21 Jun - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM1 juta bagi menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pendidikan Orang Asli dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan kaum itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tanggungjawab itu akan dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan Pedagogi Pribumi Kebangsaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan di sini.
Katanya, tujuan kajian itu bagi memastikan tidak ada anak-anak Orang Asli yang ketinggalan atau terpinggir dalam arus pendidikan perdana.
"Pendidikan awal dalam kalangan anak-anak Orang Asli turut diberikan perhatian utama oleh kerajaan dalam sistem pendidikan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) supaya kecemerlangan pendidikan masyarakat berkenaan dapat ditingkatkan.
"Dalam konteks meningkatkan pencapaian prestasi sekolah-sekolah Orang Asli, kita akan merangkakan program yang bersesuaian seperti Kelas Bimbingan Khas bagi meningkatkan Literasi dan Numerasi (LINUS).
"Kita juga berharap dapat memberikan pendidikan awal kepada anak-anak Orang Asli dari usia empat dan lima tahun," kata Muhyiddin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap melancarkan Transformasi Pendidikan Orang Asli Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Betau, dekat sini hari ini.
Menurut beliau, program Transformasi Pendidikan Orang Asli yang diumumkan hari ini diharap dapat membawa perubahan pendidikan yang menyeluruh kepada mereka.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti pengangkutan bas dan kenderaan pacuan empat roda bagi membolehkan murid-murid Orang Asli menjalani pelbagai aktiviti persekolahan dengan lebih berkesan.
Sebanyak RM10 juta lagi turut diperuntukkan bagi meningkatkan kebajikan dan keperluan guru-guru termasuk membina serta menaik taraf kediaman mereka yang mengajar di kawasan pedalaman.
Muhyiddin pada majlis itu turut meluluskan peruntukan RM700,000 bagi membaik pulih dan menaik taraf enam buah sekolah Orang Asli di kawasan Parlimen Cameron Highlands.
- UTUSAN


Yayasan Orang Asli Malaysia Entiti Penting Bentuk, Mantapkan Masyarakat Orang Asli

Yayasan Orang Asli Malaysia kini menjadi satu entiti penting yang berperanan menyumbang ke arah pembentukan dan pemantapan masyarakat itu, sekaligus memastikan hak-hak dan kesaksamaan] mereka sentiasa dipantau dan diberi perhatian yang sewajarnya.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata yayasan itu ditubuhkan sebagai pelengkap kepada usaha-usaha kerajaan mendekati dan memahami denyut nadi masyarakat Orang Asli di seluruh negara.
Rosmah yang juga merangkap Penaung yayasan terbabit berkata, walaupun baru bertapak, pihak yayasan berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang memberi kepentingan kepada komuniti Orang Asli.
“Saya juga berasa bangga di atas kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan NGO bagi menjayakan program Siri Penjelajahan Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA) ke seluruh negara.
“Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk terus memberikan perkhidmatan sokongan kesejahteraan keluarga secara terus kepada komuniti Orang Asli di seluruh negara.
“Selain itu, saya melihat program siri jelajah ini mampu meningkatkan pengetahuan ahli keluarga mengenai kepentingan kesejahteraan keluarga terutamanya dalam aspek kesihatan dan pendidikan,” katanya berucap pada pelancaran Program Siri Penjelajahan Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA) Ke-4 Tahun 2013 di Kampung Cenderung Kelubi, dekat Tanjung Tualang, hari ini.
Rosmah berkata lagi, antara aktiviti yang dirancang dalam siri penjelajahan SPEKKTRA merangkumi aspek pendidikan seperti ceramah motivasi dan kecemerlangan pendidikan dan program-program kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan dan ceramah perancang keluarga serta teknik penyusuan bayi.
Jelasnya lagi, fokus Yayasan Orang Asli Malaysia terhadap aspek kesihatan dan pendidikan seharusnya diberi pujian.
Ini kerana katanya, pendidikan merupakan perkara asas yang mampu menjamin kesejahteraan sesebuah masyarakat.
“Kita sedia maklum bahawa pendidikan merupakan tulang belakang dalam mengubah struktur sosio ekonomi masyarakat di sesebuah negara mahupun di sesebuah komuniti kecil,” tambahnya lagi.
Rosmah pada masa yang sama turut menyeru masyarakat Orang Asli merebut peluang keemasan yang disediakan oleh kerajaan yang sentiasa ingin memastikan komuniti pribumi itu mendapat pendidikan baik sekaligus menjamin kehidupan lebih baik dikalangan keluarga, masyarakat dan bangsa.
Memetik kata-kata Perdana Menteri di Majlis Himpunan Perdana Warga Orang Asli, prinsip pendemokrasian pendidikan berada dekat di hati beliau tidak bersifat elitis atau terbuka kepada golongan yang berkedudukan semata-mata tetapi setiap orang di negara ini mesti mendapat peluang pendidikan berkualiti.
“Kita sedia maklum bahawa saban tahun, pihak Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM22.5 juta bagi membantu para pelajar Orang Asli mendapat pendidikan percuma dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan dengan masyarakat lain terutama di kawasan bandar.
“Usaha ini adalah sejajar dengan matlamat Kerajaan untuk memastikan setiap warganegara, tanpa mengira kaum dan status ekonomi, mendapat peluang pendidikan yang terbaik dari segi akses, ekuiti dan kualiti,” kata Rosmah.
Hasil usaha itu, terdapat ramai anak-anak Orang Asli yang telah mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.
“Misalnya, baru-baru ini Adik Darwisshah Bin Deraman dan Juliana Zaszira Ismail dari Pekan, Pahang telah membuktikan bahawa masyarakat orang asli juga mampu untuk mendapat keputusan cemerlang dimana mereka telah memperoleh keputusan 9A dan 8A untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012,” kata beliau lagi.
Rosmah menambah, pada tahun ini sekurang-kurangnya 18 peratus atau 336 pelajar Orang Asli yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam negara.
Di samping itu, kadar keciciran Orang Asli dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu disasar untuk dikurangkan dua peratus daripada 27 peratus pada tahun lepas kepada 25 peratus pada tahun ini malah 10 calon pelajar cemerlang Orang Asli disasarkan untuk ditempatkan ke kolej persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Sebelum mengakhiri ucapannya, Rosmah berharap program SPEKKTRA dapat di teruskan di masa-masa akan datang serta ditambahbaik supaya dapat memberikan impak yang paling maksima kepada peningkatan taraf hidup komuniti Orang Asli secara keseluruhannya.
“Yayasan ini tidak hanya menumpukan kepada aspek pendidikan dan kesihatan semata-mata tetapi memperluaskan skopnya kepada aspek yang lebih menyeluruh seperti keusahawanan, sukan dan kemasyarakatan,” tambahnya lagi.


0 comments:

Post a Comment