Isu mengenai kenaikan pangkat guru sentiasa hangat dan panas
hinggakan semalam YAB Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan mengadakan Makmal Khas
untuk urusan tersebut.Sebelum ini saya telah menyentuh serba sedikit dalam
posting terdahulu berhubung isu ini bilamana ramai calon yang memohon
atau diperakukan menolak tawaran yang diberikan kepada mereka.
Walau bagaimanapun melalui perjumpaan atau dialog dengan rakan guru,tulisan melalui forum-forum atau wacana dengan kesatuan masih ramai kalangan guru salah faham tentang dasar pelaksanaan kenaikan pangkat yang sedia ada. Saya mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan serba-sedikit berhubung beberapa isu kenaikan pangkat supaya digri kefahaman dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat membantu guru merebut peluang kenaikan pangkat. Saya akan memberi fokus berkaitan urusan sekolah rendah.
Dalam laluan kerjaya pangkat PPLD,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menetapkan laluan seperti berikut:

- Laluan naik
pangkat secara hakiki - iaitu bagi jawatan-jawatan hakiki di
sekolah,ppd,jpn atau bahagian di KPM seperti GPK,Guru Besar dan Pengelola
Gred DGA32 dan DGA34
- Laluan Guru
Cemerlang - gred DGA32,DGA34,DGA38 bertaraf KUP
- Laluan Time Base
- DGA32 (KUP)
- Laluan Khas
X-PPLD - DG41(KUP) ,DG44(KUP) untuk GPK dan Guru Besar yang sambung
belajar
- Laluan Guru
Besar Cemerlang - DGA38(KUP)
- Laluan Pengelola /Pegawai Cemerlang - DGA34(KUP),DGA38(KUP)
Bagaimana dengan Guru Penolong yang sambung
belajar atau baru posting sebagai PPPS DG41? Mereka
boleh menikmati laluan naik pangkat sebagai :
- Laluan Guru Cemerlang DG44(KUP),DG48(KUP),DG52(KUP)....Jusa Khas C
- Laluan Time Base
DG44 (KUP), DG48 (KUP)
Mereka tidak boleh menjadi Guru Besar atau GPK
kerana gred mereka DG41 lebih tinggi dari gred DGA32 atau DGA34 GPK dan
Guru Besar. Mereka yang telah menyandang jawatan hakiki GPK dan Guru
Besar terlebih dahulu kemudian sambung belajar akan dikekalkan
atas jawatan yang sama setelah dilantik DG41 dengan memakai DG41(KUP).Dari segi
prinsip gred DG41 bukan gred naik pangkat tetapi mereka dikekal kerana telah
menyandang jawatan itu terlebih dahulu. Maksud KUP kenaikan pangkat diberi
kepada body pemunya bukan jawatannya. Jika pemegang jawatan KUP bersara
pengisian jawatan menggantikannya ialah pada gred asal jawatan tersebut.
Contoh seorang Guru Besar Sekolah A yang gred DG44(KUP) bersara maka calon yang
akan di situ ialah mereka yang terdiri dari Guru Besar DGA34 kerana gred hakiki
Guru Besar sekolah gred A ialah DGA34.
Ramai guru yang sambung belajar atau posting baru tidak berpuashati kerana mereka seolah-olah tiada peluang menjadi pentadbir. Siapa kata mereka tiada peluang ?Ada
peluang JIKA sistem struktur naik pangkat hakiki sekolah rendah berubah. Jika
KPM mengubah gred jawatan hakiki GPK dan Guru Besar ke DG44 dan DG48
bukan sahaja mereka layak tetapi semua PPPS juga layak kecuali ada
sekatan guru menengah tidak boleh berpindah ke sekolah rendah. Keadaan ini
kemungkinan besar akan berlaku kerana sekarang calon-calon guru yang keluar
hampir tiada berstatus PPLD semuanya PPPS. Selain dari itu ramai Guru Besar dan
GPK telah mengikuti program siswazah. Maka PPLD akan beransur hilang dalam sistem
perguruan negara sebagai hilangnya guru Darjah 6 dan Guru kelulusan SRP.
Selain dari itu sesetengah guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD.Ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh JPN.Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka bermula dari diri mereka sendiri.Sewajarnya mereka melengkap diri mereka sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat :-
Ramai guru yang sambung belajar atau posting baru tidak berpuashati kerana mereka seolah-olah tiada peluang menjadi pentadbir. Siapa kata mereka tiada peluang ?
Selain dari itu sesetengah guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD.Ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh JPN.Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka bermula dari diri mereka sendiri.Sewajarnya mereka melengkap diri mereka sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat :-
- Guru mesti memohon setiap tahun. Semua jawatan naik pangkat kena
pohon.
- Mempunyai
prestasi tiga tahun yang baik.
- Tiada tindakan
tatatertib
- Telah
mengistiharkan harta
- Lulus Tapisan
SPRM
- Bebas dari
peminjam tegar IPP
- Lulus PTK
- Diperaku oleh
Ketua Jabatan
- Lain
keistimewaan dan kebolehan yang boleh dibuktikan
Tugas panel JPN dalam urusan naik pangkat adalah
memanjangkan iklan dari BPSM,menerima dan memproses borang dan dokumen
permohonan yang lengkap,memanjangkan permohonan ke Lembaga Naik Pangkat
KPM,menerima senarai yang diluluskan oleh Lembaga , menawar kepada calon dan
memaklumkan kepada BPSM setuju terima / tolak dari calon.
Urusan naik pangkat diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan Tatatertib,Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah berdasarkan prosidur yang ditetapkan.
Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di sana.Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman.
Satu lagi isu yang hangat diperkatakan ialah mengenai pemangkuan GPK dari guru DGA29 ke DGA32 yang dilaksanakan pada tahun ini.Ramai guru senior dari gred DGA32(KUP) Time Base menyuarakan perasaan tidak puashati kerana peluang mereka untuk menjawatan GPK telah ditutup.Ada kalangan guru DGA29 yang ditawarkan
pemangkuan GPK DGA32 menolak tawaran setelah sehari dua melapor diri kerana
tekanan tugas dan rakan dari DGA32(KUP) Time Base.Mereka ada yang baru
berkhidmat 8 tahun.
Iklan pemangkuan telah disiarkan 31 Julai 2009 dan Surat Kuasa Kelulusan Pemangkuan telah dikeluarkan pada 23 Disember 2009.Ramai kalangan guru terkhilaf dengan iklan ini. Mereka tidak faham maksud "pemangkuan".Pemangkuan dalam bahasa mudah mereka yang layak memangku jawatan naik pangkat lebih tinggi dari yang disandang sekarang selama 6 bulan atau lebih dengan dibayar elaun memangku sebelum disahkan pelantikan secara hakiki". Mengapa perkara ini tidak dibuka kepada penyandang DG32(KUP) Time Base;
Urusan naik pangkat diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan Tatatertib,Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah berdasarkan prosidur yang ditetapkan.
Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di sana.Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman.
Satu lagi isu yang hangat diperkatakan ialah mengenai pemangkuan GPK dari guru DGA29 ke DGA32 yang dilaksanakan pada tahun ini.Ramai guru senior dari gred DGA32(KUP) Time Base menyuarakan perasaan tidak puashati kerana peluang mereka untuk menjawatan GPK telah ditutup.
Iklan pemangkuan telah disiarkan 31 Julai 2009 dan Surat Kuasa Kelulusan Pemangkuan telah dikeluarkan pada 23 Disember 2009.Ramai kalangan guru terkhilaf dengan iklan ini. Mereka tidak faham maksud "pemangkuan".Pemangkuan dalam bahasa mudah mereka yang layak memangku jawatan naik pangkat lebih tinggi dari yang disandang sekarang selama 6 bulan atau lebih dengan dibayar elaun memangku sebelum disahkan pelantikan secara hakiki". Mengapa perkara ini tidak dibuka kepada penyandang DG32(KUP) Time Base;
- Pemangkuan Gred
DGA32 tidak boleh diberi kepada guru DGA32(KUP) Time Base kerana guru
DGA32(KUP) Time Base telah naik pangkat gred DGA32 setara dengan
pemangkuan. Guru DGA32(KUP) Time Base hanya boleh diberi pemangkuan jika
mereka naik pangkat lebih tinggi ke gred DGA34
- Perakuan dan
peluang naik pangkat GPK kepada guru DGA32(KUP) Time Base sebelum ini
ramai yang menolak kerana gaji mereka tidak berubah kerana
grednya sama.Hanya elaun GPK RM60.00 sahaja.Apalagi mereka akan kehilangan
BISP jika bukan opsyen menerima jawatan hakiki.Ramai jawatan GPK tidak
dapat diisi dan lebih mendukacita ditawarkan di sekolah yang samapun tetap
menolak.Mereka selesa dan tidak mahu berpindah. Maka KPM buka peluang
ini kepada guru DGA29.Siapa yang bawa lumpur ????
- Dengan memberi
peluang kepada DGA29 pemangkuan maka jumlah guru yang naik pangkat semakin
ramai.Cuma bezanya naik pangkat secara Time Base tiada jawatan,masih guru
penolong tetapi naik pangkat secara hakiki mempunyai jawatan sama ada
sebagai GPK atau Guru Besar.
Jawatan hakiki ini mempunyai konotasi "kuasa".Justru
itu walaupun gred guru penolong DG41 tetapi Guru Besar dan GPK diberi "tauliah"
yang memberikan mereka "kuasa" mengawalselia guru penolong dari
gred apa sekalipun.
Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir ?
Jawapannya:
Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir ?
Jawapannya:
- ada jika senarai
calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi
- mereka akan
diperakukan jika memenuhi syarat sebagaimana di atas
- tersenarai dalam
kelulusan perakuan yang dikemukakan kepada BPSM/Lembaga
- menerima tawaran
Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base juga berpeluang memohon jawatan
naik pangkat DGA34 dan Guru Cemerlang
Satu perkara lagi bila menyentuh isu naik pangkat majoriti tertumpu kepada naik pangkat Laluan Hakiki untuk GPK dan Guru Besar sahaja sedangkan laluan lain seperti Guru Cemerlang terbuka luas seperti kurang diberi perhatian. Laluan naik pangkat hakiki terikat kepada kekosongan.Sebagai contoh permohonan untuk mengisi jawatan hakiki DGA34 bagi 2010 negeri Terengganu seramai hampir 1,200 orang sedangkan kekosongan jawatan adalah lebih kurang 30 orang. Sudah tentu mereka yang terbaik sahaja akan ditawarkan. Mereka terbaik ditentukan kreteria pemarkahan sebagaimana berikut:

- prestasi tiga
tahun dengan purata maksima markah 80 %
- ditambah 20%
lain-lain kreteria seperti kursus NPQH,pengalaman,sumbangan dan lain-lain
merit yang pemohon sedia tahu.
Dalam pemerhatian saya tidak akan ada calon yang akan dapat 100%
tetapi prestasi majoriti calon boleh maintance untuk dapat 75 %
hinmgga 78%.Mereka banyak gagal dalam mencapai markah 20% .Kalau
prestasi dapat 78% campur 10% baru dapat 88%. Sewajarnya calon bukan
sahaja menjaga prestasi tetapi juga kreteria 20% juga.
Adalah menjadi harapan kami dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kaum guru sekolah rendah terutamanya mengenai peluang naik pangkat,proses dan unit-unit yang terlibat. Cuma satu ingat kami jika tidak berminat dan tidak sanggup berganjak tidak payahlah minta naik pangkat kerana ianya seakan menutup peluang rakan-rakan yang lain. Apapun yang harus diingat pokok utama kelayakan dan keupayaan untuk naik pangkat bermula dari diri sendiri...ukurlah betul-betul.

0 comments:
Post a Comment