KESEJAHTERAAN KELUARGA
KAUNSELING PERKAHWINAN
· Kaunseling perkahwinan merupakan sejenis psikoterapi untuk
pasangan yang berkahwin. Kaunseling ini melibatkan satu proses perhubungan
menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri yang
berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perhubungan mereka.
Kaunseling perkahwinan juga membantu pasangan suami isteri untuk mengurus atau
menangani masalah mereka dengan cara yang lebih efektif agar mereka dapat
menghindarkan masalah kecil daripada menjadi besar dan serius.
·
Dalam proses kaunseling keluarga dan perkahwinan, biasanya
kaunselor memberikan fokus kepada peranan, corak perhubungan, matlamat yang
ingin dicapai oleh ahli keluarga atau perkahwinan pasangan (klien) yang terlibat.
Kaunselor membantu klien menilai aspek positif dan negatif perhubungan mereka
dan membantu mereka memahami bahawa dalam isu keluarga atau perkahwinan, ahli
keluarga atau pasangan suami dan isteri menyumbang kepada pembentukan dan
penyelesaian masalah. Justeru, mereka perlu belajar untuk memahami, mengubah
corak berinteraksi dan mengamalkan pendekatan yang lebih berkesan bagi
menangani masalah mereka.
KAUNSELINGKELUARGA
Kaunseling keluarga ialah satu teknik psiko terapuetik untuk meneroka dan mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi" Goldenberg dan Goldenberg (2002 : 133).
Kaunseling keluarga ialah satu teknik psiko terapuetik untuk meneroka dan mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi" Goldenberg dan Goldenberg (2002 : 133).
Dalam proses kaunseling ahli-ahli keluarga
dibantu untuk memperbaiki perhubungan mereka antara satu sama lain. Perubahan
yang berlaku akan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan ahli-ahli keluarga.
Semasa proses kaunseling juga, ahli-ahli keluarga berhadapan dengan konflik dan
dibantu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi secara produktif supaya ke
dua-dua individu dan keluarga berkembang, sejahtera dan 'subur'.
PERKHIDMATAN KLINIKAL
PENGENALAN
Program Reproduksi Manusia merupakan salah satu program teras LPPKN yang memberikan perkhidmatan Kesihatan Reproduktif kepada orang ramai. Ini meliputi kumpulan sasar utama iaitu wanita, lelaki dan remaja. Penyampaian perkhidmatan Kesihatan Reproduktif di salurkan melalui 58 klinik Nur Sejahtera di 15 buah negeri sekarang.
Program Reproduksi Manusia merupakan salah satu program teras LPPKN yang memberikan perkhidmatan Kesihatan Reproduktif kepada orang ramai. Ini meliputi kumpulan sasar utama iaitu wanita, lelaki dan remaja. Penyampaian perkhidmatan Kesihatan Reproduktif di salurkan melalui 58 klinik Nur Sejahtera di 15 buah negeri sekarang.
JENIS PERKHIDMATAN KLINIKAL
·
Pengurusan Perancang Keluarga
·
Pengurusan Saringan Kesejahteraan
·
Ujian Pap Smear
·
Rawatan Subfertiliti (Johor, Ipoh & Selangor Sahaja)
·
Pemeriksaan Testis
·
Perkhidmatan Andrologi (Ibu Pejabat LPPKN, Johor & Ipoh
Sahaja)
·
Saringan Penyakit Jangkitan Seksual
·
Latihan Amali Kesihatan Reproduktif
·
Pemeriksaan Payudara
PERKHIDMATAN MAKMAL
Sitologi
·
Saringan kanser pangkal rahim
Mikrobiologi
·
Ujian kultur & kepekaan untuk Urin, HVS & Air mani
·
Ujian Hepatitis B (Ag & Ab)
·
Ujian HIV (Ag)
·
Ujian Makmal Rujukan Penyakit Veneral (VDRL)
·
FEME & Kultur swab vagina tinggi dan kepekaannya
Endokrinologi
·
Hormon Perangsang Folikel
·
Hormon Peluteinan
·
Hormon Prolaktin
·
Hormon Progesterone
·
Hormon Estradiol
·
Hormon Testosterone
·
Hormon Gonadotrofin korion beta manusia (B- HCG)
Genetik
·
Analisa Kromosom Darah
Andrologi
·
Analisa Semen
Embriologi
·
IUI (Intrautering Insemination)
ART
·
IVF (In-Vitro Fertilization)
·
ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection)
·
Cryopreservation for sperm & Embryo
Biokimia/Hematologi
·
Ujian Glukosa Darah
·
Ujian Tolerans Glukosa (GTT)
·
Ujian Kolesterol Darah
·
Ujian Profil Lipid
·
Ujian Albumin & Gula Air Kencing
·
Ujian Pemeriksaan Penuh Air Kencing Mikroskopik
·
Ujian Kehamilan
·
Anggaran Hemoglobin
·
Kiraan Penuh Darah (FBC)
·
Kumpulan Darah (ABO & kumpulan Rhesus)
PERKHIDMATAN KEMASYARAKATAN
·
Khidmat Masyarakat
·
Unit Bergerak LPPKN
·
Talian Khidmat Pelanggan Kesihatan Reproduktif (Tel : 03-26938877)
SUBSIDI MAMOGRAM
Pendaftaran kes yang layak untuk Program Subsidi Mamogram
Hubungi : 03-26937555 samb. 3002/3005
MODUL KESEJAHTERAAN HIDUP
Modul Kesejahteraan
Hidup yang dibangunkan untuk golongan muda berusia 16 tahun ke atas bertujuan
untuk membentuk mereka menjadi individu yang sihat, berdaya tahan dan
bertanggungjawab dengan nilai-nilai moral yang positif. Kemahiran yang
dipelajari membolehkan mereka menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian dan
mengamalkan gaya hidup sihat.
Modul ini dibangunkan
bagi menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan agama. Ianya dijalankan
dalam bentuk interaktif dan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran seperti
lakonan, kuiz, permainan, perbincangan kumpulan dan persembahan video untuk
menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
Kurikulum modul ini meliputi 4 aspek utama :
Unit 1 : Jantina dan Gender
·
Definasi dan Konsep Jantina dan Gender
·
Perundangan Negara, Konvensyen/Perjanjian Antarabangsa
·
Hak dan Diskriminasi
Unit 2 : Kekeluargaan
·
Keluargaku Sayang
·
Seksualiti : Nilai dan Tanggungjawab
·
Tanggungjawab Seksual
·
Sudahkan Saya Bersedia?
·
Bukan Saya Bukan Sekarang
Unit 3 : Pembangunan Kemahiran
·
Menghindari Situasi Berisiko Tinggi
·
Kemahiran Teknik Penangguhan
·
Kemahiran Teknik Penolakan
Unit 4: Hidup Tanpa Keganasan
·
Definasi dan Konsep Keganasan
·
Gangguan Seksual
·
Rogol
Unit 5 : Pelan Tindakan
·
Mesej Penting
MODUL CAKNA DIRI (REMAJA)
Objektif utama
pembangunan Modul Cakna Diri (Remaja) adalah untuk memperkasakan remaja dengan
pengetahuan yang sesuai, sikap dan kemahiran untuk membuat pilihan mengenai
kesihatan seksual dan reproduktif mereka.
Modul ini disasarkan
kepada remaja yang berumur 13 - 17 tahun dan memfokuskan kepada pembinaan
kemahiran untuk mencegah dan mengurangkan risiko kehamilan, penyakit jangkitan
seksual dan HIV/AIDS. Kemahiran yang disediakan termasuk mengenal pasti dan
mengelak situasi berisiko tinggi dan menggunakan teknik yang tegas bagi
mengelak hubungan seks sebelum berkahwin.
Unit 1 : Maklumat Kesihatan Reproduktif
·
Seksualiti : Nilai dan Tanggungjawab
·
Tanggungjawab Seksual
·
Tingkahlaku Yang Membawa Kepada Risiko Kehamilan
·
HIV/AIDS dan Penyakit Jangkitan Seksual
·
Rogol, Pengguguran dan Pembuangan Bayi
·
Sudahkah Saya Bersedia?
Unit 2 : Teknik Untuk Mengelak Hubungan Seks Sebelum Berkahwin
·
Abstinen
·
Menghindari Situasi Berisiko Tinggi
·
Kemahiran Teknik Penangguhan
·
Kemahiran Teknik Penolakan
·
Integrasi Teknik Kemahiran
Unit 3 : Seks Selamat
·
Abstinen dan Perlindungan Diri
·
Kaedah Perlindungan Diri
·
Kaedah Pencegahan Kehamilan Dan Penyakit Jangkitan Seksual
·
Mengekalkan Abstinen dan Pencegahan
MODUL CAKNA DIRI (IBUBAPA)
Modul Cakna diri (I'm
In Control) Edisi Ibu Bapa ini merupakan kesinambungan kepada
pelaksanaan Modul I'm in Control (Edisi Remaja).
Objektif Modul
·
Untuk meningkatkan kefahaman ibubapa dalam memahami perkembangan
psikologi, biologi, fizikal dan pembangunan sosial remaja
·
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibubapa berhubung
kesihatan reproduktif remaja
·
Untuk menyediakan kemahiran dalam mengukuhkan perhubungan antara
ibubapa dan anak remaja.
Kandungan Modul
·
Unit 1 : Apa Yang Sedang Berlaku
·
Unit 2 : Bagaimana Acuan Begitu Kuihnya
·
Unit 3 : Sediakan Payung Sebelum Hujan
·
Unit 4 : Mencorak Anak Remaja Anda
SMART BERBELANJA
LATAR BELAKANG
Pengurusan kewangan yang bijak adalah salah satu
kunci kepada kesejahteraan keluarga. Pengurusan yang efektif dapat memastikan
setiap sumber kewangan yang diterima dapat dinikmati dengan saksama oleh setiap
ahli keluarga. Ini termasuklah pembiayaan keperluan asas keluarga seperti
makanan, kesihatan, pendidikan dan aktiviti masa senggang.
Namun, peningkatan perbelanjaan dan kenaikan
barangan sejak akhir-akhir ini merupakan fenomena yang bukan sahaja berlaku di
Malaysia tetapi di seluruh dunia. Jika di lihat daripada perspektif
perbelanjaan isi rumah di Malaysia, berpandukan maklumat yang diperolehi
daripada Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2004/2005 yang dijalankan
oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, perbelanjaan penggunaan bulanan purata isi
rumah Malaysia bagi tahun 2004/2005 adalah sebanyak RM1,953.00 sebulan. Ini
menunjukkan peningkatan sebanyak 19.7% berbanding tahun 1998/1999.
Penemuan daripada penyiasatan ini menunjukkan
isi rumah di Malaysia membelanjakan 69.1% daripada perbelanjaan bulanan mereka
ke atas empat kumpulan utama iaitu perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api
lain (22.0%); diikuti makanan dan minuman bukan alkohol (20.1%); pengangkutan
(16.1%) dan restoran dan hotel (10.9%).
Kajian yang dijalankan oleh LPPKN pada 2004
mendapati, masalah kewangan adalah antara masalah utama yang sering
membimbangkan mereka di samping masalah-masalah lain di dalam keluarga (KPKM,
2004). Selain itu, Kajian Pendapat mengenai Kesan Inflasi Terhadap Institusi
Keluarga pada 2008, mendapati bahawa majoriti daripada responden (95%)
menghadapi kesukaran untuk keluarga mereka menangani dan berhadapan dengan
kenaikan harga barangan. Kajian turut mendapati bahawa 44% daripada responden
mengatakan bahawa telah berlaku perselisihan faham di dalam keluarga sejak
berlakunya peningkatan harga barang mahupun makanan terutama sekali pada
keluarga yang berpendapatan rendah. Sungguhpun kajian ini dilaksanakan ketika
negara dilanda inflasi yang tinggi, impak daripada senario tersebut masih
dirasai oleh sebilangan keluarga pada masa kini.
Sehubungan itu, LPPKN melihat pengurusan
kewangan keluarga merupakan satu kemahiran yang penting supaya keluarga boleh
berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat kewangan yang ingin dicapai
di samping dapat mengekalkan kesejahteraan keluarga
Susulan itu, bagi tahun 2009 Bahagian
Pembangunan Keluarga LPPKN telah melaksanakan Majlis Perasmian dan Pelancaran
Program SMARTbelanja@LPPKN peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Y.B. Dato'
Aminah Abdul Rahman, Ketua Pengarah LPPKN.
OBJEKTIF
- Memberi kesedaran mengenai
peranan dan tanggungjawab setiap anggota terhadap kewangan keluarga
- Memberi pengetahuan kepada
keluarga mengenai kepentingan merancang dan mempraktikkan pengurusan
kewangan yang baik
- Membolehkan keluarga membina
pelan perancangan kewangan yang lebih berkesan
- Membantu keluarga mengawal
pendapatan yang diperolehi melalui perbelanjaan berhemah.
PENGISIAN
·
Kenali Wang Anda ("Pancing Ringgit")
·
Ceramah Pengurusan Kewangan Keluarga Secara Berhemah
·
"Pemburu Wang" (Money Hunter)
·
Tempoh - 1 hari
SIAPA YANG PERLU HADIR?
Terbuka kepada semua, keluarga yang berminat untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan keluarga.
0 comments:
Post a Comment