Saturday, 28 June 2014
SEPULUH TRET GURU BERKESAN
Posted in EDU3108 ASAS KEPIMPINAN |
01:58 | by Unknown
Menurut Elaine K. Mc Ewan dalam bukunya , Ten
Traits of Highly Effective Teachers (2002) terdapat sepuluh tret guru yang amat
berkesan;
a)
Dorongan
oleh misi dan passionate
b) Positif dan benar
c) Guru sebagai pemimpin
d) With-it-ness
e) Gaya
f)
Kepakaran
dalam motivasi
g) Keberkesanan pengajaran
h) Pembelajaran Kandungan
i)
Pintar
(street smart)
j)
Celik
minda
ISU KEPIMPINAN GURU
Posted in EDU3108 ASAS KEPIMPINAN |
01:20 | by Unknown
Isu mengenai kenaikan pangkat guru sentiasa hangat dan panas
hinggakan semalam YAB Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan mengadakan Makmal Khas
untuk urusan tersebut.Sebelum ini saya telah menyentuh serba sedikit dalam
posting terdahulu berhubung isu ini bilamana ramai calon yang memohon
atau diperakukan menolak tawaran yang diberikan kepada mereka.
Walau bagaimanapun melalui perjumpaan atau dialog dengan rakan guru,tulisan melalui forum-forum atau wacana dengan kesatuan masih ramai kalangan guru salah faham tentang dasar pelaksanaan kenaikan pangkat yang sedia ada. Saya mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan serba-sedikit berhubung beberapa isu kenaikan pangkat supaya digri kefahaman dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat membantu guru merebut peluang kenaikan pangkat. Saya akan memberi fokus berkaitan urusan sekolah rendah.
Dalam laluan kerjaya pangkat PPLD,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menetapkan laluan seperti berikut:
Walau bagaimanapun melalui perjumpaan atau dialog dengan rakan guru,tulisan melalui forum-forum atau wacana dengan kesatuan masih ramai kalangan guru salah faham tentang dasar pelaksanaan kenaikan pangkat yang sedia ada. Saya mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan serba-sedikit berhubung beberapa isu kenaikan pangkat supaya digri kefahaman dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat membantu guru merebut peluang kenaikan pangkat. Saya akan memberi fokus berkaitan urusan sekolah rendah.
Dalam laluan kerjaya pangkat PPLD,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menetapkan laluan seperti berikut:
- Laluan naik
pangkat secara hakiki - iaitu bagi jawatan-jawatan hakiki di
sekolah,ppd,jpn atau bahagian di KPM seperti GPK,Guru Besar dan Pengelola
Gred DGA32 dan DGA34
- Laluan Guru
Cemerlang - gred DGA32,DGA34,DGA38 bertaraf KUP
- Laluan Time Base
- DGA32 (KUP)
- Laluan Khas
X-PPLD - DG41(KUP) ,DG44(KUP) untuk GPK dan Guru Besar yang sambung
belajar
- Laluan Guru
Besar Cemerlang - DGA38(KUP)
- Laluan Pengelola /Pegawai Cemerlang - DGA34(KUP),DGA38(KUP)
Bagaimana dengan Guru Penolong yang sambung
belajar atau baru posting sebagai PPPS DG41? Mereka
boleh menikmati laluan naik pangkat sebagai :
- Laluan Guru Cemerlang DG44(KUP),DG48(KUP),DG52(KUP)....Jusa Khas C
- Laluan Time Base
DG44 (KUP), DG48 (KUP)
Mereka tidak boleh menjadi Guru Besar atau GPK
kerana gred mereka DG41 lebih tinggi dari gred DGA32 atau DGA34 GPK dan
Guru Besar. Mereka yang telah menyandang jawatan hakiki GPK dan Guru
Besar terlebih dahulu kemudian sambung belajar akan dikekalkan
atas jawatan yang sama setelah dilantik DG41 dengan memakai DG41(KUP).Dari segi
prinsip gred DG41 bukan gred naik pangkat tetapi mereka dikekal kerana telah
menyandang jawatan itu terlebih dahulu. Maksud KUP kenaikan pangkat diberi
kepada body pemunya bukan jawatannya. Jika pemegang jawatan KUP bersara
pengisian jawatan menggantikannya ialah pada gred asal jawatan tersebut.
Contoh seorang Guru Besar Sekolah A yang gred DG44(KUP) bersara maka calon yang
akan di situ ialah mereka yang terdiri dari Guru Besar DGA34 kerana gred hakiki
Guru Besar sekolah gred A ialah DGA34.
Ramai guru yang sambung belajar atau posting baru tidak berpuashati kerana mereka seolah-olah tiada peluang menjadi pentadbir. Siapa kata mereka tiada peluang ?Ada
peluang JIKA sistem struktur naik pangkat hakiki sekolah rendah berubah. Jika
KPM mengubah gred jawatan hakiki GPK dan Guru Besar ke DG44 dan DG48
bukan sahaja mereka layak tetapi semua PPPS juga layak kecuali ada
sekatan guru menengah tidak boleh berpindah ke sekolah rendah. Keadaan ini
kemungkinan besar akan berlaku kerana sekarang calon-calon guru yang keluar
hampir tiada berstatus PPLD semuanya PPPS. Selain dari itu ramai Guru Besar dan
GPK telah mengikuti program siswazah. Maka PPLD akan beransur hilang dalam sistem
perguruan negara sebagai hilangnya guru Darjah 6 dan Guru kelulusan SRP.
Selain dari itu sesetengah guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD.Ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh JPN.Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka bermula dari diri mereka sendiri.Sewajarnya mereka melengkap diri mereka sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat :-
Ramai guru yang sambung belajar atau posting baru tidak berpuashati kerana mereka seolah-olah tiada peluang menjadi pentadbir. Siapa kata mereka tiada peluang ?
Selain dari itu sesetengah guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD.Ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh JPN.Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka bermula dari diri mereka sendiri.Sewajarnya mereka melengkap diri mereka sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat :-
- Guru mesti memohon setiap tahun. Semua jawatan naik pangkat kena
pohon.
- Mempunyai
prestasi tiga tahun yang baik.
- Tiada tindakan
tatatertib
- Telah
mengistiharkan harta
- Lulus Tapisan
SPRM
- Bebas dari
peminjam tegar IPP
- Lulus PTK
- Diperaku oleh
Ketua Jabatan
- Lain
keistimewaan dan kebolehan yang boleh dibuktikan
Tugas panel JPN dalam urusan naik pangkat adalah
memanjangkan iklan dari BPSM,menerima dan memproses borang dan dokumen
permohonan yang lengkap,memanjangkan permohonan ke Lembaga Naik Pangkat
KPM,menerima senarai yang diluluskan oleh Lembaga , menawar kepada calon dan
memaklumkan kepada BPSM setuju terima / tolak dari calon.
Urusan naik pangkat diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan Tatatertib,Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah berdasarkan prosidur yang ditetapkan.
Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di sana.Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman.
Satu lagi isu yang hangat diperkatakan ialah mengenai pemangkuan GPK dari guru DGA29 ke DGA32 yang dilaksanakan pada tahun ini.Ramai guru senior dari gred DGA32(KUP) Time Base menyuarakan perasaan tidak puashati kerana peluang mereka untuk menjawatan GPK telah ditutup.Ada kalangan guru DGA29 yang ditawarkan
pemangkuan GPK DGA32 menolak tawaran setelah sehari dua melapor diri kerana
tekanan tugas dan rakan dari DGA32(KUP) Time Base.Mereka ada yang baru
berkhidmat 8 tahun.
Iklan pemangkuan telah disiarkan 31 Julai 2009 dan Surat Kuasa Kelulusan Pemangkuan telah dikeluarkan pada 23 Disember 2009.Ramai kalangan guru terkhilaf dengan iklan ini. Mereka tidak faham maksud "pemangkuan".Pemangkuan dalam bahasa mudah mereka yang layak memangku jawatan naik pangkat lebih tinggi dari yang disandang sekarang selama 6 bulan atau lebih dengan dibayar elaun memangku sebelum disahkan pelantikan secara hakiki". Mengapa perkara ini tidak dibuka kepada penyandang DG32(KUP) Time Base;
Urusan naik pangkat diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan Tatatertib,Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah berdasarkan prosidur yang ditetapkan.
Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di sana.Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman.
Satu lagi isu yang hangat diperkatakan ialah mengenai pemangkuan GPK dari guru DGA29 ke DGA32 yang dilaksanakan pada tahun ini.Ramai guru senior dari gred DGA32(KUP) Time Base menyuarakan perasaan tidak puashati kerana peluang mereka untuk menjawatan GPK telah ditutup.
Iklan pemangkuan telah disiarkan 31 Julai 2009 dan Surat Kuasa Kelulusan Pemangkuan telah dikeluarkan pada 23 Disember 2009.Ramai kalangan guru terkhilaf dengan iklan ini. Mereka tidak faham maksud "pemangkuan".Pemangkuan dalam bahasa mudah mereka yang layak memangku jawatan naik pangkat lebih tinggi dari yang disandang sekarang selama 6 bulan atau lebih dengan dibayar elaun memangku sebelum disahkan pelantikan secara hakiki". Mengapa perkara ini tidak dibuka kepada penyandang DG32(KUP) Time Base;
- Pemangkuan Gred
DGA32 tidak boleh diberi kepada guru DGA32(KUP) Time Base kerana guru
DGA32(KUP) Time Base telah naik pangkat gred DGA32 setara dengan
pemangkuan. Guru DGA32(KUP) Time Base hanya boleh diberi pemangkuan jika
mereka naik pangkat lebih tinggi ke gred DGA34
- Perakuan dan
peluang naik pangkat GPK kepada guru DGA32(KUP) Time Base sebelum ini
ramai yang menolak kerana gaji mereka tidak berubah kerana
grednya sama.Hanya elaun GPK RM60.00 sahaja.Apalagi mereka akan kehilangan
BISP jika bukan opsyen menerima jawatan hakiki.Ramai jawatan GPK tidak
dapat diisi dan lebih mendukacita ditawarkan di sekolah yang samapun tetap
menolak.Mereka selesa dan tidak mahu berpindah. Maka KPM buka peluang
ini kepada guru DGA29.Siapa yang bawa lumpur ????
- Dengan memberi
peluang kepada DGA29 pemangkuan maka jumlah guru yang naik pangkat semakin
ramai.Cuma bezanya naik pangkat secara Time Base tiada jawatan,masih guru
penolong tetapi naik pangkat secara hakiki mempunyai jawatan sama ada
sebagai GPK atau Guru Besar.
Jawatan hakiki ini mempunyai konotasi "kuasa".Justru
itu walaupun gred guru penolong DG41 tetapi Guru Besar dan GPK diberi "tauliah"
yang memberikan mereka "kuasa" mengawalselia guru penolong dari
gred apa sekalipun.
Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir ?
Jawapannya:
Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir ?
Jawapannya:
- ada jika senarai
calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi
- mereka akan
diperakukan jika memenuhi syarat sebagaimana di atas
- tersenarai dalam
kelulusan perakuan yang dikemukakan kepada BPSM/Lembaga
- menerima tawaran
Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base juga berpeluang memohon jawatan
naik pangkat DGA34 dan Guru Cemerlang
Satu perkara lagi bila menyentuh isu naik pangkat majoriti tertumpu kepada naik pangkat Laluan Hakiki untuk GPK dan Guru Besar sahaja sedangkan laluan lain seperti Guru Cemerlang terbuka luas seperti kurang diberi perhatian. Laluan naik pangkat hakiki terikat kepada kekosongan.Sebagai contoh permohonan untuk mengisi jawatan hakiki DGA34 bagi 2010 negeri Terengganu seramai hampir 1,200 orang sedangkan kekosongan jawatan adalah lebih kurang 30 orang. Sudah tentu mereka yang terbaik sahaja akan ditawarkan. Mereka terbaik ditentukan kreteria pemarkahan sebagaimana berikut:
Satu perkara lagi bila menyentuh isu naik pangkat majoriti tertumpu kepada naik pangkat Laluan Hakiki untuk GPK dan Guru Besar sahaja sedangkan laluan lain seperti Guru Cemerlang terbuka luas seperti kurang diberi perhatian. Laluan naik pangkat hakiki terikat kepada kekosongan.Sebagai contoh permohonan untuk mengisi jawatan hakiki DGA34 bagi 2010 negeri Terengganu seramai hampir 1,200 orang sedangkan kekosongan jawatan adalah lebih kurang 30 orang. Sudah tentu mereka yang terbaik sahaja akan ditawarkan. Mereka terbaik ditentukan kreteria pemarkahan sebagaimana berikut:
- prestasi tiga
tahun dengan purata maksima markah 80 %
- ditambah 20%
lain-lain kreteria seperti kursus NPQH,pengalaman,sumbangan dan lain-lain
merit yang pemohon sedia tahu.
Dalam pemerhatian saya tidak akan ada calon yang akan dapat 100%
tetapi prestasi majoriti calon boleh maintance untuk dapat 75 %
hinmgga 78%.Mereka banyak gagal dalam mencapai markah 20% .Kalau
prestasi dapat 78% campur 10% baru dapat 88%. Sewajarnya calon bukan
sahaja menjaga prestasi tetapi juga kreteria 20% juga.
Adalah menjadi harapan kami dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kaum guru sekolah rendah terutamanya mengenai peluang naik pangkat,proses dan unit-unit yang terlibat. Cuma satu ingat kami jika tidak berminat dan tidak sanggup berganjak tidak payahlah minta naik pangkat kerana ianya seakan menutup peluang rakan-rakan yang lain. Apapun yang harus diingat pokok utama kelayakan dan keupayaan untuk naik pangkat bermula dari diri sendiri...ukurlah betul-betul.
Adalah menjadi harapan kami dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kaum guru sekolah rendah terutamanya mengenai peluang naik pangkat,proses dan unit-unit yang terlibat. Cuma satu ingat kami jika tidak berminat dan tidak sanggup berganjak tidak payahlah minta naik pangkat kerana ianya seakan menutup peluang rakan-rakan yang lain. Apapun yang harus diingat pokok utama kelayakan dan keupayaan untuk naik pangkat bermula dari diri sendiri...ukurlah betul-betul.
PENGARUH PEMIMPIN SEKOLAH TERHADAP PROFESIONALISME GURU
Posted in EDU3108 ASAS KEPIMPINAN |
01:15 | by Unknown
Pengaruh Pemimpin
Sekolah Terhadap Profesionalisme Guru
Profesion keguruan seringkali
dianggap sebagai satu profesion yang statik dan tidak menarik. Peranan
pemimpin atau pengetua sekolah amat penting dalam meningkatkan perkembangan
profesionalisme guru di sekolahnya. Pengetua dan guru harus berganding bahu untuk meningkatkan
prestasi sekolahnya.
Oleh
itu, satu kajian telah dibuat oleh dua orang profesor iaitu Mieke Clement dan
Roland Vandenberghe dari Universiti Katholieke Leuven, Belgium. Kajian
menekankan perhubungan antara pengetua-guru dari segi aspek peluang , ruang dan
pengalaman pembelajaran untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme guru di
sekolah.
Objektif
utama kajian ialah,
a. Untuk
mengetahui peranan pengetua atau pemimpin sekolah dalam perkembangan
profesionalisme guru
b. Membezakan antara ciri-ciri pemimpin yang baik dan sebaliknya
c. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan profesionalisme guru
b. Membezakan antara ciri-ciri pemimpin yang baik dan sebaliknya
c. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan profesionalisme guru
Kajian
ini amat berguna kerana,
a. Boleh
diguna pakai oleh pemimpin sekolah dalam mewujudkan stail kepimpinan sekolah
yang berkesan
b. Menunjukkan faktor-faktor penting dalam mewujudkan perkembangan kerjaya guru
c. Panduan kepada pengetua dan guru dalam meningkatkan lagi karier, cara dan kaedah yang digunakan di sekolah
b. Menunjukkan faktor-faktor penting dalam mewujudkan perkembangan kerjaya guru
c. Panduan kepada pengetua dan guru dalam meningkatkan lagi karier, cara dan kaedah yang digunakan di sekolah
Penyelidikan
telah dibuat secara exploratory research. Ianya melibatkan beberapa peringkat.
Pada peringkat pertama, sebanyak 39 guru dari 11 buah sekolah telah ditemubual
dalam bentuk soalan semi-structured. Tujuan utama adalah untuk mengetahui
persepsi mereka terhadap perkembangan kerjaya mereka.
Pada
peringkat kedua pula, hanya 2 daripada 11 sekolah telah dipilih untuk kajian
lanjut. Temubual selanjutnya hanya melibatkan 23 guru dan 2 pengetua daripada 2
buah sekolah yang berasingan.
Sampel
kajian hanya melibatkan guru dan pengetua sekolah. Pada pusingan pertama, 39
guru daripada 11 buah sekolah telah dijadikan sebagai sampel kajian. Pada
peringkat kedua pula, sampel kajian dikecilkan. Hanya 2 orang pengetua dan 23
orang guru daripada 2 buah sekolah sahaja ditemubual.
Bahan
kajian telah dibuat ke atas guru dan pengetua dalam bentuk soalan
semi-structured. Segala temubual telah direkodkan melalui diari dan
dokumen-dokumen lain seperti nota.
Analisa
data melibatkan dua kaedah iaitu
a.
Analisa vertical - kaedah ini menggunakan data temubual, pemerhatian,
dokumen-dokumen dan catatan diari dalam menganalisa data
b.
Analisa horizontal - perbandingan dibuat antara data-data yang diperoleh dari
analisa vertical
Berdasarkan
temubual yang telah dibuat, keputusan yang didapati ialah
a.
Bagaimana pengaruh pengetua sekolah ke atas perkembangan profesionalisme guru
Bagi
soalan ini, terdapat 3 kategori guru yang telah memberi pendapat yang berbeza,
iaitu
Kategori
1
Guru
kategori ini mengatakan bahawa sekolah tidak menyumbangkan apa-apapun terhadap
perkembangan kerjaya mereka. Keadaan dan suasana kerja tidak langsung menyokong
profesion mereka.
Interaksi
antara pengetua dan guru amat mengecewakan. Tiada perbincangan formal antara
pemimpin dan guru dalam meningkatkan kaedah pengajaran dan masalah-masalah
sekolah. Pengetua didapati tidak mempercayai guru dan apatah lagi memantau
serta mengawal kegiatan guru.
Kategori
2
Guru
kategori ini mengatakan bahawa sekolah boleh menyumbangkan beberapa perkara
dalam perkembangan profesion mereka. Guru boleh melibatkan diri dalam bidang
yang mereka minati.
Mereka
bebas memberi pendapat dan berbincang sesama guru. Pemimpin terlibat secara
langsung dalam memberi maklumat, membenarkan guru melibatkan diri dalam
in-service training, membeli jurnal-jurnal ilmiah dan menggalakkan guru membuat
inovasi baru dalam perbincangan dan mesyuarat.
Guru-guru
menghormati kepercayaan yang telah diberi oleh pengetua mereka dan menggalakkan
guru untuk melakukan bentuk-bentuk inovasi dalam kerjaya mereka. Komunikasi berkesan
antara pengetua dan guru menggalakkan lagi perkembangan kerjaya guru.
Kategori
3
Kategori
ini mengatakan bahawa pengetua sekolah benar-benar menggalakkan dan lebih
berorientasikan perkembangan profesion guru. Kaedah dan masalah pengajaran
selalu dibincangkan.
Rakan
sekerja sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Apabila seseorang
menghadapi masalah, masalah dibincang dan diselesaikan bersama. Mereka
mempelajari sesuatu yang berguna dalam mesyuarat yang dihadirinya.
Guru-guru
diberi tanggungjawab tertentu seperti mengendali mesyuarat, mengadakan
perbincangan inovasi dan perancangan untuk melaksanakannya. Mereka bekerja keras dalam mesyuarat untuk mencapai
matlamat yang dicitakan.
Seterusnya,
data yang telah diperoleh dari 2 buah sekolah iaitu Heathlandpool dan
Writerscout adalah seperti berikut,
a.
Heathlandpool
Hubungan
antara pengetua dan guru amat rapat. Pengetua dan guru bebas berbincang
mengenai hal-hal peribadi, perniagaan dan politik. Mereka sentiasa berkongsi
idea dan memberi nasihat dalam hal-hal yang berkaitan sekolah.
Pengetua
bersedia memberi bantuan, panduan dan nasihat dalam pengajaran guru. Ini
mewujudkan peluang kepada guru-guru untuk berkongsi pendapat dan kepercayaan
kepada pengetua mereka.
b.
Writerscourt
Di
sekolah Writerscourt berlaku keadaan sebaliknya. Hubungan antara pengetua dan
guru tidak baik. Guru-guru sependapat bahawa pengetua mereka tidak memberi
apa-apa bantuan terhadap mereka. Pengetua mereka sentiasa tidak sehaluan dengan
guru-guru.
Pengetua
tidak berperanan untuk memotivasikan guru-guru. Selepas guru-guru menghadiri
mesyuarat, segala hasil perbincangan dan cadangan tinggal begitu sahaja. Mereka
juga tidak bekerja sebagai satu pasukan.
Hubungan
yang buruk ini menyebabkan guru amat sukar untuk membincangkan tentang idea-idea
baru dan peribadi mereka serta hal-hal yang berkaitan pengajaran. Guru lebih
bertindak mengikut haluan dan kehendak mereka sendiri.
Berdasarkan
maklumat yang diperoleh, didapati terdapat dua situasi dan keadaan di mana guru
boleh dan tidak boleh meningkatkan perkembangan profesion mereka. Perkembangan
kerjaya mereka amat bergantung kepada peranan dan hubungan guru dengan
pengetua.
Situasi
pertama adalah di mana pengetua terlibat secara langsung dengan guru-guru di
sekolahnya. Mereka mempunyai hubungan rapat dan bebas mengutarakan pendapat dan
idea bernas untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.
Dengan
cara ini, banyak idea-idea baru telah diutarakan oleh guru dan mewujudkan
persekitaran berfikir untuk mencipta inovasi dalam karier mereka.
Ini
jelas berlaku di sekolah Heathlandpool di mana guru-guru telah berbincang
sesama mereka untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan mengatasi
masalah-masalah semasa yang dihadapi.
Kekerapan
perbincangan dan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapi secara
tidak langsung telah memberi pengalaman yang amat bermakna kepada seseorang
guru.
Perkara
sebaliknya berlaku di sekolah Writerscout. Hubungan antara pengetua dan guru
adalah tidak baik. Akibatnya guru tidak bermotivasi untuk meningkatkan karier
mereka. Mereka lebih bersifat pasif dan individualistik.
Kurangnya
idea-idea bernas dan inovasi-inovasi baru dalam pengajaran, kurang memberi
cabaran dan persaingan antara guru. Mereka akan terasing dalam sistem
pengurusan dan pentadbiran sekolah sehinggakan mereka merasakan tidak
menyumbangkan sesuatu dan tidak penting dalam struktur sekolah.
Ini akan mengurangkan sifat dan suasana kompetitif dan mencabar antara mereka.
Apatah lagi untuk mencipta sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan.
Jadi,
pemimpin sekolah mesti memberi peluang, ruang dan pengalaman yang berguna
kepada guru-guru untuk meningkatkan lagi profesionalisme mereka. Pengetua yang
baik ialah pengetua yang mampu mengarah dan mewujudkan suasana kerja yang
selesa dan kondusif untuk guru-guru.
Ini
ruang, peluang dan pengalaman ini diberi kepada guru, bidang pendidikan akan
dijadikan satu medan pertarungan untuk mencungkil segala kecerdikan dan
kepakaran guru untuk perkembangan profesionalisme keguruan
Peranan
pemimpin/pengetua amat penting dalam meningkatkan perkembangan profesionalisme
guru. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang bersifat task-oriented dan
administrative.
Mereka
akan memperuntukkan masa dan tenaga mereka dalam bidang pendidikan dan
pengajaran. Mereka lebih bersifat terbuka dan memberi galakan kepada guru-guru
dalam hal-hal berkaitan pendidikan.
Dengan
cara ini, guru boleh menggunakan segala peluang yang diberi seperti
cabaran/persaingan, sokongan dan tindak balas untuk meningkatkan perkembangan
karier mereka.
Jika peluang yang diberi digunakan seluas-luasnya, guru boleh menggunakan ruang yang ada untuk memperkembangkan idea-idea yang bersifat inovatif untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka.
Jika peluang yang diberi digunakan seluas-luasnya, guru boleh menggunakan ruang yang ada untuk memperkembangkan idea-idea yang bersifat inovatif untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka.
Seterusnya
ini akan meberi satu pengalaman baru kepada guru-guru. Pengalaman yang
diperoleh amat penting untuk memahirkan dan meningkatkan perkembangan
profesionalisme guru.
Apakah
yang akan berlaku sebaliknya jika hubungan antara pengetua dan guru tidak baik?
Ya, ini terbukti di sekolah Writerscout di mana kerjaya guru terbantut
disebabkan pengetua tidak mengambil tahu atau mengambil berat tentang
perkembangan guru.
Guru
tidak langsung diberi peluang,ruang dan pengalaman sepatutnya untuk
meningkatkan diri masing-masing.
Kajian
ini telah menunjukkan peranan pemimpin/pengetua amat penting dalam meningkatkan
profesionalisme seseorang guru. Pengetua menyumbang ke arah peningkatan kerjaya
guru terutama dalam persekitaran sebenar sekolah.
Pengetua
harus menyediakan peluang, ruang dan pengalaman seluas-luasnya kepada guru
untuk melahirkan seorang insan guru yang kaya dengan idea-idea baru dan lebih
bersifat kreatif dan inovatif.
Friday, 27 June 2014
PELAN TINDAKAN ORANG ASLI
Posted in EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN |
08:12 | by Unknown
PELAN TINDAKAN ORANG ASLI
Pendidikan
Pelan Tindakan
Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar
Objektif pelan ini
bertujuan :
Kumpulan sasar ini
terdiri dari 4 kumpulan iaitu :
Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk
menyediakan asa kukuh yang sebelum pendidikan formal. Ia bagi membolehkan
kanak-kanak berumur 5+ tahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan
kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.
Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk
menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan
Mengira; kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi dan penerapan
nilai-nilai murni tegasnya program pra-sekolah dan renah adalah asas kepada
pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat
falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan
yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur
antara 12+ tahun hingga 17+ tahun. Pada peringkat ini penekanan diberi kepada
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada
pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat
pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.
Pendidikan Tertiari dalam konteks sistem
pendidikan Malaysia adalah selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat
pendidikan tinggi. Pada peringkat ini, pendidikan Tertiari harus berupaya
membangunkan minda anak-anak Orang Asli menjadi lebih kritis, kreatif dan
inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan Negara dalam persaingan global.
Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis
yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah
bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. Latihan-latihan
kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan
diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan
peluang-peluang pekerjaan.
Kumpulan dewasa ini
boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu :
Bagi kategori ini program-program seperti
Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan
Kemahiran dan Keusahawanan akan dilaksanakan.
Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran,
keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan dan kerohanian serta pendidikan literasi
fungsian dilaksanakan. Disamping itu, program celik huruf akan dipertingkatkan
kepada golongan dewasa yang buta huruf.
Tempoh pelaksanaan pelan tindakan ini akan
mengambil masa selama 5 tahun mulai 2003-2007. Pada tahun 2005 satu penilaian
semula akan dijalankan bagi melihat keberkesanannya.
Pelaksanaan Pelan Tindakan akan dijalankan oleh
pelbagai agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Juruperunding, Swasta dan
para akademik. Dalam melaksanakan pelan ini;
Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan
sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek.
Perincian program/projek
adalah seperti di Lampiran C.
1.
Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian
Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
2. Objektif
·
Menyediakan satu pelan bertindak khusus di kawasan pinggir bandar
bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan Orang Asli tahun 2003 – 2007.
·
Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di
kawasan pinggir.
3. Kumpulan sasar program
·
Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun)
·
Peringkat Rendah (7-12 tahun)
·
Peringkat Menengah (13-18 tahun)
·
Peringkat Tertiari
·
Peringkat Tercicir
·
Kumpulan Dewasa
·
Wanita
·
Semua peringkat
4. Tempoh Pelaksanaan Pelan
Tindakan.
5. Pelaksanaan Pelan Tindakan.
·
Agensi Kerajaan akan banayak terlibat dengan program/projek yang
berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan;
·
NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek
perubahan minda;
·
Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek
kajian-kajian seperti kajian penilaian semula pelan dan kakjian program/projek
yang dilaksanakan secara ‘outsourcing'.
6. Keperluan Peruntukan.
7. Cabaran.
Pencapaian dan kejayaan
pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut :
·
Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi
pelaksana;
·
Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli;
·
Penyediaan peruntukan yang mencukupi;
·
Kerjsama yang erat dan mantap dikalangan Kementerian,
Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.
Program Pembangunan
Penempatan Tersusun
Rancangan Pengumpulan Semula (RPS)
Projek ini dimulakan pada tahun 1980 (RMKe-4), keputusan kabinet bertujuan pada asalnya membendung kegiatan anasir subversif (komunis) yang mempengaruhi Orang Asli di kawasan pedalaman. Rancangan ini banyak melibatkan perpindahan Orang Asli ke lokasi baru dari penempatan asal. Sejumlah 17 lokasi RPS iaitu 6 di Negeri Perak, 7 di Negeri Pahang, 3 di Negeri Kelantan dan 1 di Negeri Johor (RPS Kudung dibangunkan oleh YPJC).
Projek ini dimulakan pada tahun 1980 (RMKe-4), keputusan kabinet bertujuan pada asalnya membendung kegiatan anasir subversif (komunis) yang mempengaruhi Orang Asli di kawasan pedalaman. Rancangan ini banyak melibatkan perpindahan Orang Asli ke lokasi baru dari penempatan asal. Sejumlah 17 lokasi RPS iaitu 6 di Negeri Perak, 7 di Negeri Pahang, 3 di Negeri Kelantan dan 1 di Negeri Johor (RPS Kudung dibangunkan oleh YPJC).
Antara insentif dan projek pembangunan yang disalurkan menerusi
RPS ialah penyediaan rumah kediaman kepada peserta program, pembangunan
infrastruktur dan prasarana secara bersepadu serta program tanaman komersial
seperti kelapa sawit dan getah. Menerusi tanaman komersial tersebut peserta
bukan sahaja menerima dividen menerusi hasil ladang malah turut diberi peluang
untuk terlibat secara langsung sebagai pekerja ladang.
Penyusunan Semula Kampung (PSK)
Sebanyak 217 buah kampung Orang Asli (12,264 KIR) telah terlibat dengan pelaksanaan PSK JAKOA yang telah diluluskan pada tahun 1999 (RMK7). Pelaksanaannya adalah bertujuan untuk menaik taraf infrastruktur kampung dan kemudahan awam, keperluan asas dan projek pembangunan tanah seperti tanaman sawit dan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Sebanyak 217 buah kampung Orang Asli (12,264 KIR) telah terlibat dengan pelaksanaan PSK JAKOA yang telah diluluskan pada tahun 1999 (RMK7). Pelaksanaannya adalah bertujuan untuk menaik taraf infrastruktur kampung dan kemudahan awam, keperluan asas dan projek pembangunan tanah seperti tanaman sawit dan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Peserta-peserta PSK turut menerima insentif dan kemudahan
seperti mana yang dinikmati oleh peserta RPS.
Rancangan Kampung Baru (RKB)
Jabatan ini juga telah melaksanakan projek Rancangan Kampung Baru di kawasan keselamatan yang bersempadan dengan Thailand (KESBAN). Program ini khusus untuk membangun dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli yang mana kampung mereka berada di kawasan berkenaan.
Jabatan ini juga telah melaksanakan projek Rancangan Kampung Baru di kawasan keselamatan yang bersempadan dengan Thailand (KESBAN). Program ini khusus untuk membangun dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli yang mana kampung mereka berada di kawasan berkenaan.
Peserta RKB juga turut menikmati insentif dan kemudahan sama
seperti peserta RPS dan PSK.
Projek Bencana Alam
Projek ini dimulakan semenjak tahun 1997. Sebanyak 113 buah kampung Orang Asli telah di kenal pasti oleh Jawatankuasa Teknikal Bencana Alam Peringkat Negeri meliputi kategori kawasan berisiko tinggi, sederhana dan rendah. Kampung Orang Asli yang dikategorikan berisiko tinggi adalah yang berkemungkinan kampung berkenaan akan mengalami banjir, tanah runtuh, dipukul ombak atau ribut, perkampungan persisiran pantai negeri Johor, Pahang dan Selangor.
Projek ini dimulakan semenjak tahun 1997. Sebanyak 113 buah kampung Orang Asli telah di kenal pasti oleh Jawatankuasa Teknikal Bencana Alam Peringkat Negeri meliputi kategori kawasan berisiko tinggi, sederhana dan rendah. Kampung Orang Asli yang dikategorikan berisiko tinggi adalah yang berkemungkinan kampung berkenaan akan mengalami banjir, tanah runtuh, dipukul ombak atau ribut, perkampungan persisiran pantai negeri Johor, Pahang dan Selangor.
Jabatan ini menyediakan peruntukan bagi tujuan pemindahan mereka
ke lokasi baru, tapak dan perumahan baru, termasuk kemudahan jalan, perparitan
dan lain-lain manakala kampung yang dikategorikan berisiko sederhana pula
peruntukan disediakan untuk memperbaiki sistem perparitan, pembetungan,
pelebaran/mendalamkan sungai, benteng dan sebagainya.
Ukur Keliling Tanah penempatan Orang Asli (kampung) / Pengambilan
Tanah
Memandangkan terdapat masih banyak kawasan penempatan Orang Asli yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri tetapi belum diwartakan atau keperluan kerja ukur keliling dan kejuruteraan bagi melaksanakan projek pembangunan persekutuan maka JHEOA telah diberi peruntukan bagi tujuan tersebut. Menerusi kemudahan yang disediakan tersebut isu-isu berkaitan pengambilan balik tanah, persempadanan dan kerja-kerja ukur dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pentadbir tanah dan peraturan-peraturan semasa yang berkuat kuasa.
Memandangkan terdapat masih banyak kawasan penempatan Orang Asli yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri tetapi belum diwartakan atau keperluan kerja ukur keliling dan kejuruteraan bagi melaksanakan projek pembangunan persekutuan maka JHEOA telah diberi peruntukan bagi tujuan tersebut. Menerusi kemudahan yang disediakan tersebut isu-isu berkaitan pengambilan balik tanah, persempadanan dan kerja-kerja ukur dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pentadbir tanah dan peraturan-peraturan semasa yang berkuat kuasa.
RM1 juta jalan
kajian pendidikan Orang Asli
KUALA
LIPIS 21 Jun - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM1 juta bagi menjalankan
kajian dan penyelidikan berkaitan pendidikan Orang Asli dalam usaha
meningkatkan kualiti kehidupan kaum itu.
Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tanggungjawab itu akan dilaksanakan oleh
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Pribumi Kebangsaan, Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan di sini.
Katanya, tujuan kajian
itu bagi memastikan tidak ada anak-anak Orang Asli yang ketinggalan atau
terpinggir dalam arus pendidikan perdana.
"Pendidikan awal
dalam kalangan anak-anak Orang Asli turut diberikan perhatian utama oleh
kerajaan dalam sistem pendidikan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-10
(RMK-10) supaya kecemerlangan pendidikan masyarakat berkenaan dapat
ditingkatkan.
"Dalam konteks
meningkatkan pencapaian prestasi sekolah-sekolah Orang Asli, kita akan
merangkakan program yang bersesuaian seperti Kelas Bimbingan Khas bagi
meningkatkan Literasi dan Numerasi (LINUS).
"Kita juga
berharap dapat memberikan pendidikan awal kepada anak-anak Orang Asli dari usia
empat dan lima tahun," kata Muhyiddin.
Muhyiddin yang juga
Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap melancarkan Transformasi
Pendidikan Orang Asli Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Betau, dekat sini hari
ini.
Menurut beliau, program
Transformasi Pendidikan Orang Asli yang diumumkan hari ini diharap dapat
membawa perubahan pendidikan yang menyeluruh kepada mereka.
Pada majlis itu,
Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi menyediakan pelbagai
kemudahan asas seperti pengangkutan bas dan kenderaan pacuan empat roda bagi
membolehkan murid-murid Orang Asli menjalani pelbagai aktiviti persekolahan
dengan lebih berkesan.
Sebanyak RM10 juta lagi
turut diperuntukkan bagi meningkatkan kebajikan dan keperluan guru-guru
termasuk membina serta menaik taraf kediaman mereka yang mengajar di kawasan
pedalaman.
Muhyiddin pada majlis
itu turut meluluskan peruntukan RM700,000 bagi membaik pulih dan menaik taraf
enam buah sekolah Orang Asli di kawasan Parlimen Cameron Highlands.
- UTUSAN
Yayasan Orang Asli
Malaysia Entiti Penting Bentuk, Mantapkan Masyarakat Orang Asli
Yayasan
Orang Asli Malaysia kini menjadi satu entiti penting yang berperanan menyumbang
ke arah pembentukan dan pemantapan masyarakat itu, sekaligus memastikan hak-hak
dan kesaksamaan] mereka sentiasa dipantau dan diberi perhatian yang sewajarnya.
Isteri Perdana Menteri,
Datin Seri Rosmah Mansor, berkata yayasan itu ditubuhkan sebagai pelengkap
kepada usaha-usaha kerajaan mendekati dan memahami denyut nadi masyarakat Orang
Asli di seluruh negara.
Rosmah yang juga merangkap
Penaung yayasan terbabit berkata, walaupun baru bertapak, pihak yayasan berjaya
menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang memberi kepentingan kepada
komuniti Orang Asli.
“Saya juga berasa bangga
di atas kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan NGO bagi menjayakan program Siri
Penjelajahan Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA) ke seluruh negara.
“Matlamatnya tidak lain
dan tidak bukan ialah untuk terus memberikan perkhidmatan sokongan
kesejahteraan keluarga secara terus kepada komuniti Orang Asli di seluruh
negara.
“Selain itu, saya melihat
program siri jelajah ini mampu meningkatkan pengetahuan ahli keluarga mengenai
kepentingan kesejahteraan keluarga terutamanya dalam aspek kesihatan dan
pendidikan,” katanya berucap pada pelancaran Program Siri Penjelajahan
Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA) Ke-4 Tahun 2013 di Kampung
Cenderung Kelubi, dekat Tanjung Tualang, hari ini.
Rosmah berkata lagi,
antara aktiviti yang dirancang dalam siri penjelajahan SPEKKTRA merangkumi
aspek pendidikan seperti ceramah motivasi dan kecemerlangan pendidikan dan
program-program kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan dan ceramah perancang
keluarga serta teknik penyusuan bayi.
Jelasnya lagi, fokus
Yayasan Orang Asli Malaysia terhadap aspek kesihatan dan pendidikan seharusnya
diberi pujian.
Ini kerana katanya, pendidikan
merupakan perkara asas yang mampu menjamin kesejahteraan sesebuah masyarakat.
“Kita sedia maklum bahawa
pendidikan merupakan tulang belakang dalam mengubah struktur sosio ekonomi
masyarakat di sesebuah negara mahupun di sesebuah komuniti kecil,” tambahnya
lagi.
Rosmah pada masa yang sama
turut menyeru masyarakat Orang Asli merebut peluang keemasan yang disediakan
oleh kerajaan yang sentiasa ingin memastikan komuniti pribumi itu mendapat
pendidikan baik sekaligus menjamin kehidupan lebih baik dikalangan keluarga,
masyarakat dan bangsa.
Memetik kata-kata Perdana
Menteri di Majlis Himpunan Perdana Warga Orang Asli, prinsip pendemokrasian
pendidikan berada dekat di hati beliau tidak bersifat elitis atau terbuka
kepada golongan yang berkedudukan semata-mata tetapi setiap orang di negara ini
mesti mendapat peluang pendidikan berkualiti.
“Kita sedia maklum bahawa
saban tahun, pihak Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM22.5 juta bagi
membantu para pelajar Orang Asli mendapat pendidikan percuma dalam usaha
mengurangkan jurang perbezaan dengan masyarakat lain terutama di kawasan
bandar.
“Usaha ini adalah sejajar
dengan matlamat Kerajaan untuk memastikan setiap warganegara, tanpa mengira
kaum dan status ekonomi, mendapat peluang pendidikan yang terbaik dari segi
akses, ekuiti dan kualiti,” kata Rosmah.
Hasil usaha itu, terdapat
ramai anak-anak Orang Asli yang telah mencapai kejayaan dalam bidang
pendidikan.
“Misalnya, baru-baru ini
Adik Darwisshah Bin Deraman dan Juliana Zaszira Ismail dari Pekan, Pahang telah
membuktikan bahawa masyarakat orang asli juga mampu untuk mendapat keputusan
cemerlang dimana mereka telah memperoleh keputusan 9A dan 8A untuk Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2012,” kata beliau lagi.
Rosmah menambah, pada
tahun ini sekurang-kurangnya 18 peratus atau 336 pelajar Orang Asli yang
menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam negara.
Di samping itu, kadar
keciciran Orang Asli dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu disasar untuk
dikurangkan dua peratus daripada 27 peratus pada tahun lepas kepada 25 peratus
pada tahun ini malah 10 calon pelajar cemerlang Orang Asli disasarkan untuk
ditempatkan ke kolej persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Sebelum mengakhiri
ucapannya, Rosmah berharap program SPEKKTRA dapat di teruskan di masa-masa
akan datang serta ditambahbaik supaya dapat memberikan impak yang paling
maksima kepada peningkatan taraf hidup komuniti Orang Asli secara keseluruhannya.
“Yayasan ini tidak hanya
menumpukan kepada aspek pendidikan dan kesihatan semata-mata tetapi
memperluaskan skopnya kepada aspek yang lebih menyeluruh seperti keusahawanan,
sukan dan kemasyarakatan,” tambahnya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)