This nice Blogger theme is compatible with various major web browsers. You can put a little personal info or a welcome message of your blog here. Go to "Edit HTML" tab to change this text.
RSS

Saturday, 28 June 2014

PERKEMBANGAN GURU

SEPULUH TRET GURU BERKESAN

Menurut Elaine K. Mc Ewan dalam bukunya ,   Ten Traits of Highly  Effective Teachers  (2002) terdapat sepuluh tret guru yang amat berkesan;
a)      Dorongan oleh misi dan passionate
b)   Positif dan benar
c)    Guru sebagai pemimpin
d)   With-it-ness
e)   Gaya
f)      Kepakaran dalam motivasi
g)   Keberkesanan pengajaran
h)   Pembelajaran Kandungan
i)      Pintar (street smart)

j)      Celik minda

PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

KUIZ INTEGRITI

PEMBINAAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA


ISU KEPIMPINAN GURU






Isu mengenai kenaikan pangkat guru sentiasa hangat dan panas hinggakan semalam YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan mengadakan Makmal Khas untuk urusan tersebut.Sebelum ini saya telah menyentuh serba sedikit dalam posting terdahulu berhubung isu ini bilamana ramai calon yang memohon atau diperakukan menolak tawaran yang diberikan kepada mereka.

Walau bagaimanapun melalui perjumpaan atau dialog dengan rakan guru,tulisan melalui forum-forum atau wacana dengan kesatuan masih ramai kalangan guru salah faham tentang dasar pelaksanaan kenaikan pangkat yang sedia ada. Saya mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan serba-sedikit berhubung beberapa isu kenaikan pangkat supaya digri kefahaman dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat membantu guru merebut peluang kenaikan pangkat. Saya akan memberi fokus berkaitan urusan sekolah rendah.

Dalam laluan kerjaya pangkat PPLD,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menetapkan laluan seperti berikut:
  • Laluan naik pangkat secara hakiki - iaitu bagi jawatan-jawatan hakiki di sekolah,ppd,jpn atau bahagian di KPM seperti GPK,Guru Besar dan Pengelola Gred DGA32 dan DGA34
  • Laluan Guru Cemerlang - gred DGA32,DGA34,DGA38 bertaraf KUP
  • Laluan Time Base - DGA32 (KUP)
  • Laluan Khas X-PPLD  - DG41(KUP) ,DG44(KUP) untuk GPK dan Guru Besar yang sambung belajar
  • Laluan Guru Besar Cemerlang - DGA38(KUP)
  • Laluan Pengelola /Pegawai Cemerlang - DGA34(KUP),DGA38(KUP)
Bagaimana dengan Guru Penolong yang sambung belajar atau baru posting sebagai PPPS DG41? Mereka boleh menikmati laluan naik pangkat sebagai :
  • Laluan Guru Cemerlang DG44(KUP),DG48(KUP),DG52(KUP)....Jusa Khas C
  • Laluan Time Base DG44 (KUP), DG48 (KUP)
Mereka tidak boleh menjadi Guru Besar atau GPK kerana gred mereka DG41 lebih tinggi dari gred DGA32 atau DGA34 GPK dan Guru Besar. Mereka yang telah menyandang jawatan hakiki GPK dan Guru Besar terlebih dahulu kemudian sambung belajar akan dikekalkan atas jawatan yang sama setelah dilantik DG41 dengan memakai DG41(KUP).Dari segi prinsip gred DG41 bukan gred naik pangkat tetapi mereka dikekal kerana telah menyandang jawatan itu terlebih dahulu. Maksud KUP kenaikan pangkat diberi kepada body pemunya bukan jawatannya. Jika pemegang jawatan KUP bersara pengisian jawatan menggantikannya ialah pada gred asal jawatan tersebut. Contoh seorang Guru Besar Sekolah A yang gred DG44(KUP) bersara maka calon yang akan di situ ialah mereka yang terdiri dari Guru Besar DGA34 kerana gred hakiki Guru Besar sekolah gred A ialah DGA34.

Ramai guru yang sambung belajar atau posting baru tidak berpuashati kerana mereka seolah-olah tiada peluang menjadi pentadbir. Siapa kata mereka tiada peluang ? Ada peluang JIKA sistem struktur naik pangkat hakiki sekolah rendah berubah. Jika KPM mengubah gred jawatan hakiki GPK dan Guru Besar ke DG44 dan DG48 bukan sahaja mereka layak tetapi semua PPPS juga layak kecuali ada sekatan guru menengah tidak boleh berpindah ke sekolah rendah. Keadaan ini kemungkinan besar akan berlaku kerana sekarang calon-calon guru yang keluar hampir tiada berstatus PPLD semuanya PPPS. Selain dari itu ramai Guru Besar dan GPK telah mengikuti program siswazah. Maka PPLD akan beransur hilang dalam sistem perguruan negara sebagai hilangnya guru Darjah 6 dan Guru kelulusan SRP.

Selain dari itu sesetengah guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD.Ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh JPN.Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka bermula dari diri mereka sendiri.Sewajarnya mereka melengkap diri mereka sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat :-
  • Guru mesti memohon setiap tahun. Semua jawatan naik pangkat kena pohon.
  • Mempunyai prestasi tiga tahun yang baik.
  • Tiada tindakan tatatertib
  • Telah mengistiharkan harta
  • Lulus Tapisan SPRM
  • Bebas dari peminjam tegar IPP
  • Lulus PTK
  • Diperaku oleh Ketua Jabatan
  • Lain keistimewaan dan kebolehan yang boleh dibuktikan
Tugas panel JPN dalam urusan naik pangkat adalah memanjangkan iklan dari BPSM,menerima dan memproses borang dan dokumen permohonan yang lengkap,memanjangkan permohonan ke Lembaga Naik Pangkat KPM,menerima senarai yang diluluskan oleh Lembaga , menawar kepada calon dan memaklumkan kepada BPSM setuju terima / tolak dari calon.

Urusan naik pangkat  diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan Tatatertib,Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah berdasarkan prosidur yang ditetapkan.

Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di sana.Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman.

Satu lagi isu yang hangat diperkatakan ialah mengenai pemangkuan GPK dari guru DGA29 ke DGA32 yang dilaksanakan pada tahun ini.Ramai guru senior dari gred DGA32(KUP) Time Base menyuarakan perasaan tidak puashati kerana peluang mereka untuk menjawatan GPK telah ditutup. Ada kalangan guru DGA29 yang ditawarkan pemangkuan GPK DGA32 menolak tawaran setelah sehari dua melapor diri kerana tekanan tugas dan rakan dari DGA32(KUP) Time Base.Mereka ada yang baru berkhidmat 8 tahun.

Iklan pemangkuan telah disiarkan 31 Julai 2009 dan Surat Kuasa Kelulusan Pemangkuan telah dikeluarkan pada 23 Disember 2009.Ramai kalangan guru terkhilaf dengan iklan ini. Mereka tidak faham maksud "pemangkuan".Pemangkuan dalam bahasa mudah mereka yang layak memangku jawatan naik pangkat lebih tinggi dari yang disandang sekarang selama 6 bulan atau lebih dengan dibayar elaun memangku sebelum disahkan pelantikan secara hakiki". Mengapa perkara ini tidak dibuka kepada penyandang DG32(KUP) Time Base;
  • Pemangkuan Gred DGA32 tidak boleh diberi kepada guru DGA32(KUP) Time Base kerana guru DGA32(KUP) Time Base telah naik pangkat gred DGA32 setara dengan pemangkuan. Guru DGA32(KUP) Time Base hanya boleh diberi pemangkuan jika mereka naik pangkat lebih tinggi ke gred DGA34
  • Perakuan dan peluang naik pangkat GPK kepada guru DGA32(KUP) Time Base sebelum ini ramai yang menolak kerana gaji mereka tidak berubah kerana grednya sama.Hanya elaun GPK RM60.00 sahaja.Apalagi mereka akan kehilangan BISP jika bukan opsyen menerima jawatan hakiki.Ramai jawatan GPK tidak dapat diisi dan lebih mendukacita ditawarkan di sekolah yang samapun tetap menolak.Mereka selesa dan tidak mahu berpindah. Maka KPM buka peluang ini kepada guru DGA29.Siapa yang bawa lumpur ????
  • Dengan memberi peluang kepada DGA29 pemangkuan maka jumlah guru yang naik pangkat semakin ramai.Cuma bezanya naik pangkat secara Time Base tiada jawatan,masih guru penolong tetapi naik pangkat secara hakiki mempunyai jawatan sama ada sebagai GPK atau Guru Besar.
Jawatan hakiki ini mempunyai konotasi "kuasa".Justru itu walaupun gred guru penolong DG41 tetapi Guru Besar dan GPK diberi "tauliah" yang memberikan mereka "kuasa" mengawalselia guru penolong dari gred apa sekalipun.

Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir ?
Jawapannya:
  • ada jika senarai calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi
  • mereka akan diperakukan jika memenuhi syarat sebagaimana di atas
  • tersenarai dalam kelulusan perakuan yang dikemukakan kepada BPSM/Lembaga
  • menerima tawaran
Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base juga berpeluang memohon jawatan naik pangkat DGA34 dan Guru Cemerlang

Satu perkara lagi bila menyentuh isu naik pangkat majoriti tertumpu kepada naik pangkat Laluan Hakiki untuk GPK dan Guru Besar sahaja sedangkan laluan lain seperti Guru Cemerlang terbuka luas seperti kurang diberi perhatian. Laluan naik pangkat hakiki terikat kepada kekosongan.Sebagai contoh permohonan untuk mengisi jawatan hakiki DGA34 bagi 2010 negeri Terengganu seramai hampir 1,200 orang sedangkan kekosongan jawatan adalah lebih kurang 30 orang.
Sudah tentu mereka yang terbaik sahaja akan ditawarkan. Mereka terbaik ditentukan kreteria pemarkahan sebagaimana berikut:
  • prestasi tiga tahun dengan purata maksima markah 80 %
  • ditambah 20% lain-lain kreteria seperti kursus NPQH,pengalaman,sumbangan dan lain-lain merit yang pemohon sedia tahu.
Dalam pemerhatian saya tidak akan ada calon yang akan dapat 100% tetapi prestasi majoriti calon boleh maintance untuk dapat 75 % hinmgga 78%.Mereka banyak gagal dalam mencapai markah 20% .Kalau prestasi dapat 78%  campur 10% baru dapat 88%. Sewajarnya calon bukan sahaja menjaga prestasi tetapi juga kreteria 20% juga.

Adalah menjadi harapan kami dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kaum guru sekolah rendah terutamanya mengenai peluang naik pangkat,proses dan unit-unit yang terlibat. Cuma satu ingat kami jika tidak berminat dan tidak sanggup berganjak tidak payahlah minta naik pangkat kerana ianya seakan menutup peluang rakan-rakan yang lain. Apapun yang harus diingat pokok utama
kelayakan dan keupayaan untuk naik pangkat bermula dari diri sendiri...ukurlah betul-betul.




PENGARUH PEMIMPIN SEKOLAH TERHADAP PROFESIONALISME GURU

Pengaruh Pemimpin Sekolah Terhadap Profesionalisme Guru
Profesion keguruan seringkali dianggap sebagai satu profesion yang statik dan tidak menarik. Peranan pemimpin atau pengetua sekolah amat penting dalam meningkatkan perkembangan profesionalisme guru di sekolahnya. Pengetua dan guru harus berganding bahu untuk meningkatkan prestasi sekolahnya.

Oleh itu, satu kajian telah dibuat oleh dua orang profesor iaitu Mieke Clement dan Roland Vandenberghe dari Universiti Katholieke Leuven, Belgium. Kajian menekankan perhubungan antara pengetua-guru dari segi aspek peluang , ruang dan pengalaman pembelajaran untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme guru di sekolah.

Objektif utama kajian ialah,
a. Untuk mengetahui peranan pengetua atau pemimpin sekolah dalam perkembangan profesionalisme guru
b. Membezakan antara ciri-ciri pemimpin yang baik dan sebaliknya
c. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan profesionalisme guru

Kajian ini amat berguna kerana,
a. Boleh diguna pakai oleh pemimpin sekolah dalam mewujudkan stail kepimpinan sekolah yang berkesan
b. Menunjukkan faktor-faktor penting dalam mewujudkan perkembangan kerjaya guru
c. Panduan kepada pengetua dan guru dalam meningkatkan lagi karier, cara dan kaedah yang digunakan di sekolah

Penyelidikan telah dibuat secara exploratory research. Ianya melibatkan beberapa peringkat. Pada peringkat pertama, sebanyak 39 guru dari 11 buah sekolah telah ditemubual dalam bentuk soalan semi-structured. Tujuan utama adalah untuk mengetahui persepsi mereka terhadap perkembangan kerjaya mereka.

Pada peringkat kedua pula, hanya 2 daripada 11 sekolah telah dipilih untuk kajian lanjut. Temubual selanjutnya hanya melibatkan 23 guru dan 2 pengetua daripada 2 buah sekolah yang berasingan.

Sampel kajian hanya melibatkan guru dan pengetua sekolah. Pada pusingan pertama, 39 guru daripada 11 buah sekolah telah dijadikan sebagai sampel kajian. Pada peringkat kedua pula, sampel kajian dikecilkan. Hanya 2 orang pengetua dan 23 orang guru daripada 2 buah sekolah sahaja ditemubual.

Bahan kajian telah dibuat ke atas guru dan pengetua dalam bentuk soalan semi-structured. Segala temubual telah direkodkan melalui diari dan dokumen-dokumen lain seperti nota.
Analisa data melibatkan dua kaedah iaitu
a. Analisa vertical - kaedah ini menggunakan data temubual, pemerhatian, dokumen-dokumen dan catatan diari dalam menganalisa data
b. Analisa horizontal - perbandingan dibuat antara data-data yang diperoleh dari analisa vertical

Berdasarkan temubual yang telah dibuat, keputusan yang didapati ialah
a. Bagaimana pengaruh pengetua sekolah ke atas perkembangan profesionalisme guru

Bagi soalan ini, terdapat 3 kategori guru yang telah memberi pendapat yang berbeza, iaitu
Kategori 1
Guru kategori ini mengatakan bahawa sekolah tidak menyumbangkan apa-apapun terhadap perkembangan kerjaya mereka. Keadaan dan suasana kerja tidak langsung menyokong profesion mereka.

Interaksi antara pengetua dan guru amat mengecewakan. Tiada perbincangan formal antara pemimpin dan guru dalam meningkatkan kaedah pengajaran dan masalah-masalah sekolah. Pengetua didapati tidak mempercayai guru dan apatah lagi memantau serta mengawal kegiatan guru.


Kategori 2
Guru kategori ini mengatakan bahawa sekolah boleh menyumbangkan beberapa perkara dalam perkembangan profesion mereka. Guru boleh melibatkan diri dalam bidang yang mereka minati.

Mereka bebas memberi pendapat dan berbincang sesama guru. Pemimpin terlibat secara langsung dalam memberi maklumat, membenarkan guru melibatkan diri dalam in-service training, membeli jurnal-jurnal ilmiah dan menggalakkan guru membuat inovasi baru dalam perbincangan dan mesyuarat.

Guru-guru menghormati kepercayaan yang telah diberi oleh pengetua mereka dan menggalakkan guru untuk melakukan bentuk-bentuk inovasi dalam kerjaya mereka. Komunikasi berkesan antara pengetua dan guru menggalakkan lagi perkembangan kerjaya guru.


Kategori 3
Kategori ini mengatakan bahawa pengetua sekolah benar-benar menggalakkan dan lebih berorientasikan perkembangan profesion guru. Kaedah dan masalah pengajaran selalu dibincangkan.

Rakan sekerja sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Apabila seseorang menghadapi masalah, masalah dibincang dan diselesaikan bersama. Mereka mempelajari sesuatu yang berguna dalam mesyuarat yang dihadirinya.

Guru-guru diberi tanggungjawab tertentu seperti mengendali mesyuarat, mengadakan perbincangan inovasi dan perancangan untuk melaksanakannya. Mereka bekerja keras dalam mesyuarat untuk mencapai matlamat yang dicitakan.

Seterusnya, data yang telah diperoleh dari 2 buah sekolah iaitu Heathlandpool dan Writerscout adalah seperti berikut,
a. Heathlandpool

Hubungan antara pengetua dan guru amat rapat. Pengetua dan guru bebas berbincang mengenai hal-hal peribadi, perniagaan dan politik. Mereka sentiasa berkongsi idea dan memberi nasihat dalam hal-hal yang berkaitan sekolah.

Pengetua bersedia memberi bantuan, panduan dan nasihat dalam pengajaran guru. Ini mewujudkan peluang kepada guru-guru untuk berkongsi pendapat dan kepercayaan kepada pengetua mereka.
b. Writerscourt

Di sekolah Writerscourt berlaku keadaan sebaliknya. Hubungan antara pengetua dan guru tidak baik. Guru-guru sependapat bahawa pengetua mereka tidak memberi apa-apa bantuan terhadap mereka. Pengetua mereka sentiasa tidak sehaluan dengan guru-guru.

Pengetua tidak berperanan untuk memotivasikan guru-guru. Selepas guru-guru menghadiri mesyuarat, segala hasil perbincangan dan cadangan tinggal begitu sahaja. Mereka juga tidak bekerja sebagai satu pasukan.

Hubungan yang buruk ini menyebabkan guru amat sukar untuk membincangkan tentang idea-idea baru dan peribadi mereka serta hal-hal yang berkaitan pengajaran. Guru lebih bertindak mengikut haluan dan kehendak mereka sendiri.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, didapati terdapat dua situasi dan keadaan di mana guru boleh dan tidak boleh meningkatkan perkembangan profesion mereka. Perkembangan kerjaya mereka amat bergantung kepada peranan dan hubungan guru dengan pengetua.

Situasi pertama adalah di mana pengetua terlibat secara langsung dengan guru-guru di sekolahnya. Mereka mempunyai hubungan rapat dan bebas mengutarakan pendapat dan idea bernas untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.

Dengan cara ini, banyak idea-idea baru telah diutarakan oleh guru dan mewujudkan persekitaran berfikir untuk mencipta inovasi dalam karier mereka.

Ini jelas berlaku di sekolah Heathlandpool di mana guru-guru telah berbincang sesama mereka untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan mengatasi masalah-masalah semasa yang dihadapi.
Kekerapan perbincangan dan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapi secara tidak langsung telah memberi pengalaman yang amat bermakna kepada seseorang guru.

Perkara sebaliknya berlaku di sekolah Writerscout. Hubungan antara pengetua dan guru adalah tidak baik. Akibatnya guru tidak bermotivasi untuk meningkatkan karier mereka. Mereka lebih bersifat pasif dan individualistik.

Kurangnya idea-idea bernas dan inovasi-inovasi baru dalam pengajaran, kurang memberi cabaran dan persaingan antara guru. Mereka akan terasing dalam sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah sehinggakan mereka merasakan tidak menyumbangkan sesuatu dan tidak penting dalam struktur sekolah.

Ini akan mengurangkan sifat dan suasana kompetitif dan mencabar antara mereka. Apatah lagi untuk mencipta sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan.

Jadi, pemimpin sekolah mesti memberi peluang, ruang dan pengalaman yang berguna kepada guru-guru untuk meningkatkan lagi profesionalisme mereka. Pengetua yang baik ialah pengetua yang mampu mengarah dan mewujudkan suasana kerja yang selesa dan kondusif untuk guru-guru.

Ini ruang, peluang dan pengalaman ini diberi kepada guru, bidang pendidikan akan dijadikan satu medan pertarungan untuk mencungkil segala kecerdikan dan kepakaran guru untuk perkembangan profesionalisme keguruan
Peranan pemimpin/pengetua amat penting dalam meningkatkan perkembangan profesionalisme guru. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang bersifat task-oriented dan administrative.
Mereka akan memperuntukkan masa dan tenaga mereka dalam bidang pendidikan dan pengajaran. Mereka lebih bersifat terbuka dan memberi galakan kepada guru-guru dalam hal-hal berkaitan pendidikan.

Dengan cara ini, guru boleh menggunakan segala peluang yang diberi seperti cabaran/persaingan, sokongan dan tindak balas untuk meningkatkan perkembangan karier mereka.
Jika peluang yang diberi digunakan seluas-luasnya, guru boleh menggunakan ruang yang ada untuk memperkembangkan idea-idea yang bersifat inovatif untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka.

Seterusnya ini akan meberi satu pengalaman baru kepada guru-guru. Pengalaman yang diperoleh amat penting untuk memahirkan dan meningkatkan perkembangan profesionalisme guru.

Apakah yang akan berlaku sebaliknya jika hubungan antara pengetua dan guru tidak baik? Ya, ini terbukti di sekolah Writerscout di mana kerjaya guru terbantut disebabkan pengetua tidak mengambil tahu atau mengambil berat tentang perkembangan guru.

Guru tidak langsung diberi peluang,ruang dan pengalaman sepatutnya untuk meningkatkan diri masing-masing.

Kajian ini telah menunjukkan peranan pemimpin/pengetua amat penting dalam meningkatkan profesionalisme seseorang guru. Pengetua menyumbang ke arah peningkatan kerjaya guru terutama dalam persekitaran sebenar sekolah.


Pengetua harus menyediakan peluang, ruang dan pengalaman seluas-luasnya kepada guru untuk melahirkan seorang insan guru yang kaya dengan idea-idea baru dan lebih bersifat kreatif dan inovatif. 

Friday, 27 June 2014

PELAN TINDAKAN ORANG ASLI

PELAN TINDAKAN ORANG ASLI
Pendidikan
Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar
Objektif pelan ini bertujuan :

Kumpulan sasar ini terdiri dari 4 kumpulan iaitu :
Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk menyediakan asa kukuh yang sebelum pendidikan formal. Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur 5+ tahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.
Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira; kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi dan penerapan nilai-nilai murni tegasnya program pra-sekolah dan renah adalah asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 12+ tahun hingga 17+ tahun. Pada peringkat ini penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.
Pendidikan Tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pada peringkat ini, pendidikan Tertiari harus berupaya membangunkan minda anak-anak Orang Asli menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan Negara dalam persaingan global.
Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan peluang-peluang pekerjaan.

Kumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu :

Bagi kategori ini program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan dilaksanakan.
Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan dan kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan. Disamping itu, program celik huruf akan dipertingkatkan kepada golongan dewasa yang buta huruf.
Tempoh pelaksanaan pelan tindakan ini akan mengambil masa selama 5 tahun mulai 2003-2007. Pada tahun 2005 satu penilaian semula akan dijalankan bagi melihat keberkesanannya.

Pelaksanaan Pelan Tindakan akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Juruperunding, Swasta dan para akademik. Dalam melaksanakan pelan ini;
Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek.
Perincian program/projek adalah seperti di Lampiran C.
1.     Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

2.     Objektif
·         Menyediakan satu pelan bertindak khusus di kawasan pinggir bandar bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan Orang Asli tahun 2003 – 2007.
·         Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir.

3.     Kumpulan sasar program
·         Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun)
·         Peringkat Rendah (7-12 tahun)
·         Peringkat Menengah (13-18 tahun)
·         Peringkat Tertiari
·         Peringkat Tercicir
·         Kumpulan Dewasa
·         Wanita
·         Semua peringkat
4.     Tempoh Pelaksanaan Pelan Tindakan.
5.     Pelaksanaan Pelan Tindakan.
·         Agensi Kerajaan akan banayak terlibat dengan program/projek yang berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan;
·         NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek perubahan minda;
·         Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek kajian-kajian seperti kajian penilaian semula pelan dan kakjian program/projek yang dilaksanakan secara ‘outsourcing'.

6.     Keperluan Peruntukan.
7.     Cabaran.

Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut :
·         Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi pelaksana;
·         Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli;
·         Penyediaan peruntukan yang mencukupi;
·         Kerjsama yang erat dan mantap dikalangan Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.

Program Pembangunan Penempatan Tersusun

Rancangan Pengumpulan Semula (RPS)
Projek ini dimulakan pada tahun 1980 (RMKe-4), keputusan kabinet bertujuan pada asalnya membendung kegiatan anasir subversif (komunis) yang mempengaruhi Orang Asli di kawasan pedalaman. Rancangan ini banyak melibatkan perpindahan Orang Asli ke lokasi baru dari penempatan asal. Sejumlah 17 lokasi RPS iaitu 6 di Negeri Perak, 7 di Negeri Pahang, 3 di Negeri Kelantan dan 1 di Negeri Johor (RPS Kudung dibangunkan oleh YPJC).
Antara insentif dan projek pembangunan yang disalurkan menerusi RPS ialah penyediaan rumah kediaman kepada peserta program, pembangunan infrastruktur dan prasarana secara bersepadu serta program tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah. Menerusi tanaman komersial tersebut peserta bukan sahaja menerima dividen menerusi hasil ladang malah turut diberi peluang untuk terlibat secara langsung sebagai pekerja ladang.

Penyusunan Semula Kampung (PSK)
Sebanyak 217 buah kampung Orang Asli (12,264  KIR) telah terlibat dengan pelaksanaan PSK JAKOA yang telah diluluskan pada tahun 1999 (RMK7).  Pelaksanaannya adalah   bertujuan untuk menaik taraf infrastruktur kampung dan kemudahan awam, keperluan asas dan projek pembangunan  tanah seperti  tanaman sawit dan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat. 
Peserta-peserta  PSK turut menerima insentif dan kemudahan seperti mana yang dinikmati oleh peserta RPS.

Rancangan Kampung Baru (RKB) 
Jabatan ini juga telah melaksanakan projek Rancangan Kampung Baru  di kawasan keselamatan yang bersempadan dengan Thailand (KESBAN).  Program ini khusus untuk membangun dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli yang mana  kampung mereka berada di kawasan berkenaan. 
Peserta RKB juga turut menikmati insentif dan kemudahan sama seperti peserta RPS dan PSK.

Projek Bencana Alam
Projek ini dimulakan semenjak tahun 1997. Sebanyak 113 buah kampung Orang Asli telah di kenal pasti oleh Jawatankuasa  Teknikal Bencana Alam Peringkat Negeri meliputi kategori kawasan berisiko tinggi, sederhana dan rendah.    Kampung Orang Asli yang dikategorikan berisiko tinggi adalah yang berkemungkinan kampung berkenaan akan mengalami banjir, tanah runtuh, dipukul ombak atau ribut, perkampungan  persisiran pantai negeri Johor, Pahang dan Selangor.
Jabatan ini menyediakan peruntukan bagi tujuan pemindahan mereka ke lokasi baru, tapak dan perumahan baru, termasuk kemudahan jalan, perparitan dan lain-lain manakala kampung yang dikategorikan berisiko sederhana pula peruntukan disediakan untuk memperbaiki sistem  perparitan, pembetungan, pelebaran/mendalamkan sungai, benteng dan sebagainya.

Ukur Keliling Tanah penempatan Orang Asli (kampung) / Pengambilan Tanah
Memandangkan terdapat masih banyak kawasan penempatan Orang Asli yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri tetapi belum diwartakan atau keperluan kerja ukur keliling dan kejuruteraan bagi melaksanakan projek pembangunan persekutuan maka  JHEOA telah diberi peruntukan bagi tujuan  tersebut. Menerusi kemudahan yang disediakan tersebut isu-isu berkaitan pengambilan balik tanah, persempadanan dan kerja-kerja ukur dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pentadbir tanah dan peraturan-peraturan semasa yang berkuat kuasa.

  RM1 juta jalan kajian pendidikan Orang Asli

KUALA LIPIS 21 Jun - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM1 juta bagi menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pendidikan Orang Asli dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan kaum itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tanggungjawab itu akan dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan Pedagogi Pribumi Kebangsaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan di sini.
Katanya, tujuan kajian itu bagi memastikan tidak ada anak-anak Orang Asli yang ketinggalan atau terpinggir dalam arus pendidikan perdana.
"Pendidikan awal dalam kalangan anak-anak Orang Asli turut diberikan perhatian utama oleh kerajaan dalam sistem pendidikan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) supaya kecemerlangan pendidikan masyarakat berkenaan dapat ditingkatkan.
"Dalam konteks meningkatkan pencapaian prestasi sekolah-sekolah Orang Asli, kita akan merangkakan program yang bersesuaian seperti Kelas Bimbingan Khas bagi meningkatkan Literasi dan Numerasi (LINUS).
"Kita juga berharap dapat memberikan pendidikan awal kepada anak-anak Orang Asli dari usia empat dan lima tahun," kata Muhyiddin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap melancarkan Transformasi Pendidikan Orang Asli Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Betau, dekat sini hari ini.
Menurut beliau, program Transformasi Pendidikan Orang Asli yang diumumkan hari ini diharap dapat membawa perubahan pendidikan yang menyeluruh kepada mereka.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti pengangkutan bas dan kenderaan pacuan empat roda bagi membolehkan murid-murid Orang Asli menjalani pelbagai aktiviti persekolahan dengan lebih berkesan.
Sebanyak RM10 juta lagi turut diperuntukkan bagi meningkatkan kebajikan dan keperluan guru-guru termasuk membina serta menaik taraf kediaman mereka yang mengajar di kawasan pedalaman.
Muhyiddin pada majlis itu turut meluluskan peruntukan RM700,000 bagi membaik pulih dan menaik taraf enam buah sekolah Orang Asli di kawasan Parlimen Cameron Highlands.
- UTUSAN


Yayasan Orang Asli Malaysia Entiti Penting Bentuk, Mantapkan Masyarakat Orang Asli

Yayasan Orang Asli Malaysia kini menjadi satu entiti penting yang berperanan menyumbang ke arah pembentukan dan pemantapan masyarakat itu, sekaligus memastikan hak-hak dan kesaksamaan] mereka sentiasa dipantau dan diberi perhatian yang sewajarnya.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata yayasan itu ditubuhkan sebagai pelengkap kepada usaha-usaha kerajaan mendekati dan memahami denyut nadi masyarakat Orang Asli di seluruh negara.
Rosmah yang juga merangkap Penaung yayasan terbabit berkata, walaupun baru bertapak, pihak yayasan berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang memberi kepentingan kepada komuniti Orang Asli.
“Saya juga berasa bangga di atas kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan NGO bagi menjayakan program Siri Penjelajahan Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA) ke seluruh negara.
“Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk terus memberikan perkhidmatan sokongan kesejahteraan keluarga secara terus kepada komuniti Orang Asli di seluruh negara.
“Selain itu, saya melihat program siri jelajah ini mampu meningkatkan pengetahuan ahli keluarga mengenai kepentingan kesejahteraan keluarga terutamanya dalam aspek kesihatan dan pendidikan,” katanya berucap pada pelancaran Program Siri Penjelajahan Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA) Ke-4 Tahun 2013 di Kampung Cenderung Kelubi, dekat Tanjung Tualang, hari ini.
Rosmah berkata lagi, antara aktiviti yang dirancang dalam siri penjelajahan SPEKKTRA merangkumi aspek pendidikan seperti ceramah motivasi dan kecemerlangan pendidikan dan program-program kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan dan ceramah perancang keluarga serta teknik penyusuan bayi.
Jelasnya lagi, fokus Yayasan Orang Asli Malaysia terhadap aspek kesihatan dan pendidikan seharusnya diberi pujian.
Ini kerana katanya, pendidikan merupakan perkara asas yang mampu menjamin kesejahteraan sesebuah masyarakat.
“Kita sedia maklum bahawa pendidikan merupakan tulang belakang dalam mengubah struktur sosio ekonomi masyarakat di sesebuah negara mahupun di sesebuah komuniti kecil,” tambahnya lagi.
Rosmah pada masa yang sama turut menyeru masyarakat Orang Asli merebut peluang keemasan yang disediakan oleh kerajaan yang sentiasa ingin memastikan komuniti pribumi itu mendapat pendidikan baik sekaligus menjamin kehidupan lebih baik dikalangan keluarga, masyarakat dan bangsa.
Memetik kata-kata Perdana Menteri di Majlis Himpunan Perdana Warga Orang Asli, prinsip pendemokrasian pendidikan berada dekat di hati beliau tidak bersifat elitis atau terbuka kepada golongan yang berkedudukan semata-mata tetapi setiap orang di negara ini mesti mendapat peluang pendidikan berkualiti.
“Kita sedia maklum bahawa saban tahun, pihak Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM22.5 juta bagi membantu para pelajar Orang Asli mendapat pendidikan percuma dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan dengan masyarakat lain terutama di kawasan bandar.
“Usaha ini adalah sejajar dengan matlamat Kerajaan untuk memastikan setiap warganegara, tanpa mengira kaum dan status ekonomi, mendapat peluang pendidikan yang terbaik dari segi akses, ekuiti dan kualiti,” kata Rosmah.
Hasil usaha itu, terdapat ramai anak-anak Orang Asli yang telah mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.
“Misalnya, baru-baru ini Adik Darwisshah Bin Deraman dan Juliana Zaszira Ismail dari Pekan, Pahang telah membuktikan bahawa masyarakat orang asli juga mampu untuk mendapat keputusan cemerlang dimana mereka telah memperoleh keputusan 9A dan 8A untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012,” kata beliau lagi.
Rosmah menambah, pada tahun ini sekurang-kurangnya 18 peratus atau 336 pelajar Orang Asli yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam negara.
Di samping itu, kadar keciciran Orang Asli dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu disasar untuk dikurangkan dua peratus daripada 27 peratus pada tahun lepas kepada 25 peratus pada tahun ini malah 10 calon pelajar cemerlang Orang Asli disasarkan untuk ditempatkan ke kolej persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Sebelum mengakhiri ucapannya, Rosmah berharap program SPEKKTRA dapat di teruskan di masa-masa akan datang serta ditambahbaik supaya dapat memberikan impak yang paling maksima kepada peningkatan taraf hidup komuniti Orang Asli secara keseluruhannya.
“Yayasan ini tidak hanya menumpukan kepada aspek pendidikan dan kesihatan semata-mata tetapi memperluaskan skopnya kepada aspek yang lebih menyeluruh seperti keusahawanan, sukan dan kemasyarakatan,” tambahnya lagi.